Wednesday, 27 April 2016

Nasi Goreng Bunga Kantan

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
3 cawan nasi putih
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
7-8 biji cili merah (dan sedikit cili padi)*
*bahan ditumbuk
Sedikit ikan bilis
10-15 ekor udang hidup (Cik Na tukar sotong)
1 batang bunga kantan yg dimayang halus
Sedikit garam dan serbuk perasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dan kacau hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan udang/sotong dan biar hingga kekuningan lagi.
4. Masukkan bunga kantan dan kacau hingga sedikit layu.
5. Seterusnya masukkan nasi, garam dan serbuk perasa.
6. Kacau hingga sebati dan biar nasi itu masak.
7. Taburkan ikan bilis goreng dan nasi siap untuk dihidangkan.

Sunday, 24 April 2016

Pasta Shapes Goreng Tom Yam

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
150 gm pasta Shapes (CMG guna fettucini)
1 camca besar pes tom yam
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1 keping dada ayam, didadu
4 biji cili padi, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 batang serai, ambik bahagian putih sahaja dan hiris halus2
6 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu
2 helai daun limau purut
1/2 cawan air
Sos ikan jika perlu
Hirisan cili padi merah/hijau untuk hiasan
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

Caranya:-
1. Rebus pasta dalam air mendidih yang diletak sedikit garam hingga pasta lembut atau ikut cara merebus pada paket pasta. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan bawang besar, bawang putih, serai, tomato dan cili padi. Tumis hingga harum. Tambah pes tom yam, sos cili thai dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan ayam dan daun limau purut, gaul dan tuang air. Biar mendidih dan ayam masak.
3. Masukkan pasta dan gaul rata, guna api sederhana. Kemudian rasa dan jika perlu masukkan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur dengan hirisan cili padi hijau/merah, daun kucai dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan. Cik Na tak hias pun sebab malas.

Kuih Lapis

Resepi Mak

Bahan:-
1/2 kampit tepung beras (2 cawan)
4 sudu penuh tepung gandum
2 sudu penuh tepung kanji
4 cawan santan + 1 1/2 cawan gula (dimasak)
Pewarna merah jambu + esen ros

Caranya:-
1.  Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
3. Masukkan pewarna dan perasa ke dalam satu bahagian dan biarkan satu bahagian lagi warna asal.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang acuan. Cik Na guna loyang 8 inci.
5. Masukkan satu senduk adunan warna asal dan kukus selama 5 minit.
6. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan berwarna berselang seli dan setiap lapis dikukus selama 5 minit sehingga habis.
7. Lapisan yang terakhir kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak.
8. Sejukkan barulah dipotong. Untuk memudahkan memotong gunakan pisau plastik dan oleskan minyak pada belahan pisau.

Saturday, 23 April 2016

Bake Chicken Pasta

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
150 gm pasta elbow (Cik Na guna pasta elbow campur pasta alphabet)
100 gm daging ayam kisar*
1/2 camca teh serbuk ketumbar*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
(*digaul rata dan perap sekejap)
1 helai bay leaf
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang peas)
1 botol sos prego mushroom
Lada hitam kisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
Gula dan garam secukupnya
Herba thyme kering, untuk ditabur
Parutan keju mozarella secukupnya
1 camca besar cili kisar (ni Cik Na tambah)

Caranya:-
1.  Rebus pasta dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada bungkusan pasta. Toskan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bay leaf, bawang besar dan bawang putih hingga harum. Cik Na tambah 1 sudu cili kisar sebab nak pedas. Masukkan daging ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Masukkan cili merah, cili hijau dan sos pasta tadi. Kacau rata dan biar mendidih.
3. Tambah mix vege dan kacau rata. Masukkan pasta dan gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula, garam dan serbuk lada hitam.
4. Masukkan juga 1/2 camca teh herba thyme kering, kacau dan masak hingga hampir kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas yang telah dilenser dengan mentega. Cik Na pun guna pyrex tahan panas mcm CMG. Tabur parutan keju mozarella rata2 atasnya dan tabur juga sedikit herba thyme dan lada hitam.
5. Bakar pada suhu 190 selama 25 minit atau hingga permukaannya perang sedikit. Hidangkan samada panas atau suam.

Tuesday, 19 April 2016

Apam Puteri Pelangi

Sumber Resepi: C&P Facebook/Azlina Ina

Bahan:-
4 biji telur gred A
1 cawan gula castor (kalau nak manis lagi boleh tambah gula)
1 sb ovallate
Sedikit esen vanilla
5 sb susu cair/1/4 cawan
2 cawan tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum tambah 1 sk baking powder)
Pewarna
1/2 cawan kelapa jangan tua sangat
1 sb tepung ubi
Sedikit garam

Caranya:-
1. Mix kan telur, gula castor, ovallate dan sedikit esen vanilla selama 15 minit sampai gebu. Lagi gebu lagi lembut apam kita. Kalau pakai blender dalam 4 kali berhenti sampai nampak kembang elok telur tu.
2. Masukkan susu cair dan mix dalam 3 minit lagi. Matikan mixer dan ketepikan.
3. Ayakkan tepung dan masukkan dalam bahan mix. Kaup balikkan sampai rata.
4. Bahagikan 3 atau 4 dan letak pewarna. Kacau dan masukkan dalam piping beg atau beg plastik. Gunting bahagiam hujung.
5. Campurkan kelapa, tepung ubi dan garam. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam acuan yang telaj disapu minyak. Tekan2 kemudian isi adunan.
7. Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
8. Bila siap masak, terbalikkan dan terus keluarkan dari acuan untuk elak dari turun balik apam kita.

Wednesday, 13 April 2016

Paprik Sotong

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
1/2 kilo sotong
Bunga kobis
1 batang carrot - hiris bulat berbunga
1 labu bawang besar - dipotong memanjang
3 ulas bawang putih -dihiris
2 biji lada merah - dihiris
10 biji cili padi - diketuk
3 cm halia - dihiris halus
3 batang serai - dihiris nipis dan menyerong
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi.
3. Masukkan sos-sos.
4. Masukkan sotong. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.
5. Masukkan sayuran, lada merah dan daun limau purut yang telah disiat bersama garam. Kacau rata.
6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

Kue Teow Goreng (Resepi IV)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm kue teow, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan isi kerang (Cik Na tukar udang)
2 genggam taugeh (x letak)
2 pokok sawi, dikerat, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit (x letak)
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap manis
Sos ikan secukupnya
Hirisan cili merah sebagai hiasan

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras. Kacau hingga hancur dan gaul rata2.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit sos ikan. Kacau dan masukkan kue teow, gaul rata. Tambah taugeh dan sawi, kacau hingga semua mesra, jika nak warna lagi gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masak sekejap dan rasa, jika kurang masin renjiskan sedikit sos ikan. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili sebelum dihidangkan.

Sunday, 10 April 2016

Nasi Goreng Daging Ala Thai

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
3 cawan nasi sejuk,dileraikan
80 gm hirisan nipis daging batang pinang
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 camca besar pes tom yam
1 camca teh sos cili thai
4 biji cili padi, cincang halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1 batang serai, hiris halus
2 - 3 biji telur, dibuat telur dadar nipis (buat 1 biji telur = 1 keping telur dadar)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi cincang, pes tom yam dan sos cili thai, kacau rata. Tambah daging dan gaul rata. Masak hingga daging empuk.
2. Tambah trafficlight capsicum, hirisan daun limau purut dan hirisan serai, kacau rata dan masukkan nasi. Gaul dan masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa (agak2 jangan sampai masin). Kacau lagi.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Senduk nasi tadi secukupnya ke dalam telur dadar tadi, bungkus dan terbalikkan atas pinggan sesuai. Kelar x pada permukaan telur dadar tadi dan bukakan seperti kelopak bunga. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng.

Saturday, 9 April 2016

Kek Sempadan Kasih

Sumber Resepi: C&P Facebook/Dari Dapur Seorang Amatur

Bahan:-
150 gm buttercup dalam tin
100 gm gula castor/gula halus
160 gm tepung self rising
3 biji telur (Pecahkan telur dalam bekas dan campurkan sekali 3 sudu susu pekat manis dan 1 sudu teh esen vanilla. Pukul sikit bagi sebati ala2 nak buat telur dadar)
Serbuk koko secukupnya
Beberapa warna kegemaran - warna suka hati lagi banyak lagi cantik (untuk kek ni Cik Na pakai 5 warna)

Caranya:-
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang dan gebu (5-7 minit)
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit (yang dicampur susu dan esen tadi) dan pukul sebati.
Tips: Masa ni speed laju sikit sebab nak bagi telur cepat sebati dalam masa yang singkat.. dalam 15-20 saat pun dah cukup.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula (tak perlu mixer sbb x nak over beat)
4. Bahagi kepada 5 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kegemaran. Lagi banyak warna lagi banyak sempadannya.
5. Sudukan setiap satu warna dan letakkan hati2 dalam loyang (guna loyang 7 inci) yang dialas kertas minyak. Hati2 sebab x nak warna bercampur. (Cara buat boleh rujuk pada gambar). Agak2 semua warna dah memenuhi bontot acuan, ayakkan serbuk koko menutupi setiap warna. Lepas tu ulang lagi sudukan adunan sampai habis.
Tips:-
* Jangan letak warna yang sama berdekatan nanti tak cantik. Biarlah warna tu berselang dengan warna yang lain. Kalau biru sebelah oren, hijau sebelah pink, pink sebelah biru..baru cantik.
* Serbuk koko memainkan peranan penting. Ayak serbuk koko biar banyak sikit sampai menutup warna tu kalau x warna sempadab tu x jelas kelihatan.
6. Bakar suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak. Oven Cik Na x sampai 1 jam lebih kurang 40 minit je.

Friday, 8 April 2016

Apam Comel

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Caranya:-
1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan pula ovallete dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan susu berselang seli dengan tepung yang diayak bersama baking powder.
3. Gaul sebati dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Letak pewarna setiap bahagian.
5. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
6. Picitkan adunan 3/4 ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Thursday, 7 April 2016

Mee Bandung

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Kuah:-
300 gm isi ayam, didadu
200 gm isi udang (x letak)
100 gm sotong
1200 ml stok ayam
100 gm kobis bulat, hiris
100 gm sawi
10 tangkai sweet pie, kerat dua setiap satu (x letak)
5 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 camca besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:-
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan Lain:-
Mee kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
2 biji limau kasturi, dibelah dua

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili, sos tomato dan sos tiram, masak sekejap. Tambah stok air rebusan ayam, kacau dan biar mendidih.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau dan perlahankan api pada tahap minima. Pecahkan telur satu persatu dalam kuah, pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan.
3. Tambah sweet peas dan hirisan kobis, masak hingga lembut. Tambah mee dan masukkan sawi, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api dan hidangkan.

Saturday, 2 April 2016

Singgang Rebus Ikan Kembong

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
4 ekor ikan kembong
5 biji cili padi merah, belah 2
5 biji cili padi hijau, belah 2
2 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk 
1/2 inci halia, diketuk
Air secukupnya

Caranya:-
1. Dalam periuk, masukkan air secukupnya (anggaran 3 1/2 cawan), bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit, halia, asam gelugor dan kiub pati ikan bilis. Kacau dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan ikan dan juga cili padi hijau dan merah. Tambah garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. 

Mee Lidi Goreng Hijau

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 1/2 paket mee lidi
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
10 ekor udang
2 sudu besar kicap cair/masin
1 kiub pati ayam
1/2 biji kobis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
4 tangkai daun sup
2 pokok daun bawang

Caranya:-
1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut  toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

Roti Jala (Resepi III)

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
Beberapa titik pewarna kuning dan oren

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan ke dalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Friday, 1 April 2016

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang & Lobak Merah

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Sotong - hiris kecil
3 ulas bawang putih - hiris
Halia - hiris
Kacang panjang
Lobak merah
Cili merah
Garam
Serbuk kunyit
Sos tiram

Caranya:-
1. Lumur sotong dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
3. Selepas kekuningan, masukkan lobak merah diikuti kacang panjang.
4. Agak2 lobak merah dah lembut, masukkan sotong dan akhir sekali masukkan cili merah, sos tiram dan garam jika belum cukup garamnya.