Monday, 18 March 2019

Sotong Goreng Masak Cili Padi




Sumber Resepi: Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan dari Yatie’s Kitchen

Bahan:- 
1/2 kg sotong katak (Cik Na guna sotong biasa)
Daun bawang (dihiris halus - x letak)
1 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah
6 biji cili padi hijau
1 sudu kecik gula merah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu pes asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil mushroom seasoning

Caranya:-
1. Goreng sotong dengan minyak. Toskan minyak (pastikan air sotong betul2 kering). Asingkan.
2. Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi merah dan hijau. Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan pes asam jawa, sos cili dan gula merah.
4. Masukkan garam dan mushroom seasoning. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi, gaul sebati dan taburkan daun bawang.

Tips: Pastikan air sotong betul2 kering apabila hendak digoreng untuk elak berair.

Sunday, 13 January 2019

Ikan Masak Pindang Cili Padi


Sumber Resepi: Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan dari Yatie’s Kitchen

Bahan:- 
5 ekor ikan kembung segar belah 2 (Cik Na guna ikan lain)
1/2 sudu serbuk kunyit
2 kiub ikan bilis
2 batang serai 
3 keping asam keping
5 tangkai daun kesum

Bahan Tumbuk:-
1 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
Segenggam ikan bilis

Caranya:-
1. Masuk 5 cawan air dan didihkan. 
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan serbuk kunyit.
3. Kemudian masukkan 3 keping asam keping.
4. Masukkan serai yang diketuk, masukkan ikan, perasakan dengan garam dan kiub ikan bilis. 
5. Semasa mendidih, masukkan 5 tangkai daun kesum.
6. Tunggu sehingga masak dan hidangkan.

Tips: Pastikan air mendidih kemudian masukkan ikan. Cara ini akan mengekalkan kesegaran ikan.

Wednesday, 9 January 2019

Asam Pedas Ayam


Sumber Resepi: Buku Yatie’s Kitchen Koleksi Resepi & Tips Masakan

Bahan:-
1 ekor ayam segar (potong 14)
2 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum (ambil daunnya)
6 helai daun limau purut (x letak)
2 sudu besar asam jawa
Serbuk lada hitam
2 kiub pati ikan bilis

Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 sudu besar cili kisar
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan
Segenggam ikan bilis

Caranya:-
1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, kunyit hidup cili kering, secubit belacan dan ikan bilis.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, tuangkan setengah cawan air.
3. Masukkan pes asam jawa dalam 2 sudu besar, lada hitam 1 sudu besar yang ditumbuk kasar, ulangi langkah yang sama - masuk 1/2 cawan air (ulang sebanyak 5 kali hingga cili garing).
4. Masukkan ayam, air dalam 500 ml dan biarkan mendidih hingga ayam pecah darah, masukkan garam dan kiub pati ikan bilis.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan, daun kesum dan daun limau purut.
6. Biarkan mendidih sehingga ayam betul2 masak dan pecah minyak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:-
Berbeza dengan asam pedas ikan, asam pedas ayam ditambah lada hitam dan bunga kantan untuk menaikkan bau.

Ketika menumis bahan kisar, jika air menjadi kering (ulangi langkah yang sama sebanyak 5 kali) untuk memastikan cili menjadi garing.

Sunday, 6 January 2019

Mee Hailam (Resepi VI)



Sumber Resepi: Instagram  @resepisedap

Bahan:-
1/2 kg mee kuning
Isi ayam
Udang @ sotong (x letak)
3 ulas bwg putih di tumbuk
3 ulas bwg merah di tumbuk 
1 sudu besar cili kering kisar
1 ikat sawi hijau
Bunga kobis
1/2 btg lobak merah
1 bungkus baby corn
2 tangkai daun sup & bawang
1 sudu tepung jagung dibancuh air
Sos cili
Sos tomato 
Sos tiram
Kicap manis

Caranya:-
1. Tumiskan bwg putih & bwg merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga benar2 masak. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis.Kacau rata.
4. Masukkan ayam, udang@sotong dan tunggu sehingga masak. 
5. Masukkan garam/gula sesuai citarasa
6. Masukkan sayur sayuran.
7. Masukkan mee kuning. Kacau rata
8. Lepas tu, masukkan bancuhan tepung jagung & tomato. Kacau rata.
9. Matikan api & tabur daun bawang/sup/bawang goreng.

Pemilik resepi : ‎Khairul Sharira
Group Perkongsian : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) 

Wednesday, 2 January 2019

Ketam Masam Manis



Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
4 ekor ketam (dipotong 2)
3 sudu makan minyak masak
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air 
1 sudu teh gula
1 pokok daun bawang (dimayang 1 inci - x letak)
Garam (sekiranya perlu)

Bahan B (Dihiris nipis):-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili merah

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan garam dan sedikit gula.
4. Apabila sudah nampak pekat, masukkan daun bawang dan angkat.

Tuesday, 20 November 2018

Masak Lemak Ikan Kurau


Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Ikan kurau/ikan merah/ikan jenahak
1/2 kg santan pekat
1 helai daun kunyit - carik carik
3 helai daun limau purut
Garam 
Gula

Bahan Kisar:-
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi

Caranya:-
1. Ikan dibersih, dipotong dan direndam dengan air asam jawa. Biarkan seketika. 
2. Kisar bahan kisar dengan air sehingga halus.
3. Masak ikan dengan bahan kisar, daun kunyit, daun limau purut serta sedikit garam dan gula.
4. Masak sehingga ikan menyerap dengan bahan rencah yang dikisar.
5. Masukkan santan cair dan masak lama lama dengan api perlahan hingga mendidih.
Nota: Boleh keluarkan ikan jika dikuatiri ikan akan hancur. Dimasukkan semula setelah kuahnya cantik dan sebelum ditutup api.
6. Setelah mendidih, baru masukkan santan pekat. Kacau rata.
7. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Bolehlah ditutup api.

Nota: Jika bahan kisar ditumbuk, boleh tumbuk sekali sedikit garam dan gula. Masuk bahan kisar dengan sedikit air dan masak dengan ikan.

Sunday, 11 November 2018

Nasi Goreng Tomyam


Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
2 mangkuk nasi
2 biji telur
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 sudu besar pes tomyam (Cik Na gantikan dengan 1 kiub tomyam campur dgn sedikit air)
Sedikit kobis dan sawi - dipotong2
5 biji cili padi - diketuk
1-2 helai daun limau purut - hiris halus
1 batang serai - dihiris halus
1 sudu besar sos ikan - ni optional
Sedikit hirisan lengkuas
10 ekor udang (Cik Na tambah sotong)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan udang, pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukkan garam secukup rasa.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.


Saturday, 10 November 2018

Vanilla Muffins


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
4 cawan tepung
2 cawan gula pasir
1 sudu  + 2 sudu kecil baking powder
1 sudu (kurangkan sikit)garam 
2 cawan susu segar
2 biji telur size besar
1 sudu esen vanilla
8 sudu butter, dicairkan

Caranya:-
1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula, baking powder dan garam.
2. Dalam mangkuk kecil, pukul bersama susu, telur dan esen vanilla. 
3. Tuangkan campuran susu ke dalam bahan kering, campur semua hingga sebati.
4. Sudukan ke dalam acuan muffin atau paper cups.
5. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.



Sunday, 28 October 2018

Bebola Daging Ala Sangdewi


Sumber Resepi: Facebook/Rozi Abdul Razak

Bahan Untuk Sos:-
(Resepi Untuk 5-8 orang makan)
1 plastik bebola daging
Sebiji bawang besar dipotong dadu
Setengah buku mentega (boleh lebihkan sikit)
3 suku botol susu segar (susu dutch lady 450ml)
4 sudu makan bancuhan tepung gandum (jangan berketul2)
3 suku cawan air masak
Kicap untuk memberikan rasa dan warna (sukatan anda)
Serbuk lada hitam (ikut kepedasan yang anda suka)
Garam dan kiub ayam secukup rasa

Bebola daging (boleh dibeli di mana2 pasaraya)

Caranya:-
1. Panaskan mentega dengan api kecil. Bagi mentega mencair sepenuhnya.
2. Masukkan bawang dan bagi bawang naik bau.
3. Masukkan susu segar.
4. Masukkan pula bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau2 untuk mendapat kepekatan yang dikehendaki.
5. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan.
6. Masukkan pula serbuk lada hitam (mengikut kepedasan yang kita suka).
7. Masukkan garam dan kiub ayam (secukup rasa)
8. Masukkan pula kicap manis, jangan terlalu coklat kuahnya, biarkan warnanya coklat manja2 dan menarik je.
9. Apabila kuah semakin likat harus dikacau tanpa henti. Pastikan api sederhana.
10. Goreng bebola daging, jangan terlalu garing.
11. Hidangkan bebola daging bersama kuah. Boleh hidangkan bersama fries sekali.




Saturday, 20 October 2018

Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang



Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
1 mangkuk besar pucuk paku yang telah dibersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~akarnya bersihkan hiris2 sikit buang kotor tanahnya
2 batang serai~dititik

Bahan Kisar:-
15 tangkai cili padi~kalau x suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping

Garam secukup rasa
1 mangkuk santan

Caranya:-
1. Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
3. Masukkan serai dan daun ketumbar.
4. Masak hingga harum.
5. Masukkan udang.
6. Tambahkan air jika kuah kering.
7. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
8. Masukkan santan.
9. Bila kuah dan didih, masukkan pucuk paku.
10. Masak sekejap je, sampai sayur kecut sikit.
11. Tutup api dah hidangkan.

Sunday, 14 October 2018

Mee Goreng Azie Kitchen


Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 pek mee kuning
1 mangkuk udang (Cik Na tambah sotong)
4-5 ulas bawang putih - lagi banyak lagi sedap
1-2 sudu besar cili kering kisar
3-4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 ikat sayur bok choy
1 biji buah tomato
1-2 biji telur

Bahan lain:-
1 tangkai cili merah
Daun bawang/daun sup
1 biji buah limau nipis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar2 masak.
3. Masukkan udang dan sotong, kacau rata. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
4. Masukkan daun bok choy. Kacau rata dan sesuaikan lembut mee. Tambah sedikit air, jika masih belum cukup lembut.
5. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata. Agak2 telur masak, bolehlah tutup api.
6. Tabur cili merah dan semasa dihidangkan, tabur daun bawang dan diperah limau nipis.

Nota: Boleh tambah sos tomato dan kicap ikut kesesuaian rasa masing2.

Saturday, 22 September 2018

Ikan Goreng Bersambal Istimewa


Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan:-
3 ekor ikan / beberapa keping ikan tenggiri
Garam 
Serbuk kunyit

Untuk Sambal:-
4 biji cili hijau
1 biji cili merah
Beberapa cili padi
1 batang serai
1/2 kuntum bunga kantan
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun ketumbar - dihiris halus
Daun limau purut
Garam

Tambahan oleh Kak Nor:-
2 sudu besar sos ikan 
Sedikit gula 
1 sudu besar perahan limau nipis

Caranya:-
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 untuk sambal kecuali ketumbar, daun limau purut dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yang dah siap digoreng.

Thursday, 20 September 2018

Mee Hailam (Resepi V)


Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
1 bungkus mee kuning
100 gm isi ayam (dihiris nipis) (x letak)
100 gm sotong 
1 paket bebola ikan (x letak)
100 gm udang
250 gm sawi hijau (dipotong kecil)
100 gm kubis (dihiris)(x letak)
2 biji telur
1 biji cili merah (dimayang) (x da cili merah tukar cili hijau)
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air (tambah 3 cawan lagi sbb nak berkuah)
4 ulas bawang putih (diketuk)
Garam (sekiranya perlu)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Cik Na tambah dua sudu cili kisar nak pedas sikit. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Apabila ayam lembut, masukkan bebola ikan, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau rata sekali lagi.
5. Masukkan bahan sayur lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Yang ni Cik Na tambah, masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
7. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang.

# Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.