Wednesday, 25 March 2020

Laksa Utara



Sumber Resepi : Buku Koleksi Resepi & Tips Masakan Yatie Kitchen Episod 2

Bahan:- 
1 paket laksa
5 ekor ikan kembong + 5 ekor ikan sardin
3 sudu cili kisar
10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
Segenggam ikan bilis
3 keping asam keping
2 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
2 kuib pati ikan bilis 
Garam secukup rasa

Bahan Sampingan:-
Bawang besar - hiris nipis
Telur - direbus
Limau kasturi
Salad
Daun selom
Timun - hiris nipis
* sis x cukup bahan.. ada limau kasturi, telur & cili merah je 

Caranya:-
1. Rebus ikan kembung dan ikan sardin bersama asam keping.
2. Setelah ikan empuk, tutup api. Keluarkan ikan. Tapis air rebusan dan ambil airnya.
3. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan dan ikan bilis. Masukkan ke dalam air rebusan yang telah ditapis tadi dan masukkan juga cili kisar.
4. Asingkan isi dan tulang ikan. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan tadi.
5. Kisar tulang ikan, tapis airnya dan masukkan ke dalam air rebusan. Masukkan asam keping bersama daun kesum dan bunga kantan.
6. Biarkan mendidih dan masukkan kiub pati ikan bilis. 
7. Rebus laksa hingga lembut dan toskan.
8. Hidangkan bersama bahan sampingan.

Monday, 23 March 2020

Chicken and Mushroom Quiche



Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan A:-
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
Mixed herbs

Bahan B:-
110 gm cold butter - kiubkan
1 kuning telur
1/4 sudu makan jus lemon
50 ml air sejuk (dimasuk berselang seli)

1.Campurkan bahan-bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.
2. Diuli sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garfu dan blind bake selama 15 minit.











Bahan C:-
Bawang putih cincang
2 sudu besar minyak zaitun
Celeries
Cendawan butang hiris nipis-nipis
Bawang besar - potong kiub
Minced chicken
Chicken fillet green peppercorn
Garam
Mixed herbs

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak zaitun, masukkan minched chichen dan chicken fillet, goreng sekejap sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. 
2. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.

Bahan D:-
250 gm whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur

Campur kesemua bahan dan kacau sebati.

Selepas doh di bind bake selama 15 minit, masukkan filling sayur tadi dan akhir sekali masukkan cream. Taburkan cheese yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 270 C.






Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Kentang


Sumber Resepi: C&P My Resepi

Bahan:-
500 gm daging dipotong
3 biji kentang dibelah empat
500 ml santan pekat/pati santan
150 ml santan cair
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai
15 tangkai cili padi kampung (nak pedas lagi boleh tambah cili padi lagi)
6 biji belimbing buluh dibelah dua (x da so ganti dengan asam keping)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Daging dihiris tebal sedikit, dicuci dan toskan.
2. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan sebahagian bawah serai sehingga lumat.
3. Masukkan campuran cili padi dan kunyit tadi ke dalam periuk dan buka api dengan perlahan.
4. Kemudian, masukkan asam keping/belimbing buluh dan santan cair perlahan-lahan dan besarkan api sedikit sehingga mendidih. Masukkan juga sebahagian serai yang telah dipotong tadi.
6. Apabila mendidih, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
7. Apabila kentang dah empuk, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam.

Friday, 20 March 2020

Nasi Goreng Pedas





Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi
200 gm daging - dipotong kecil, digaul dengan sedikit bawang putih, serbuk kunyit dan sedikit halia yang ditumbuk, rebus hingga empuk dan kering airnya.
10 batang kacang buncis (boleh jugak letak kacang panjang)
1 batang carrot - dihiris halus (x letak)
1 kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos kicap cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Ditumbuk:-
6 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan daging yang telah empuk tadi dan tambah kicap cair serta sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan carrot dan kacang buncis. Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi putih dan kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Kacau gaul rata-rata hingga nampak nasi berasap. Tutup api dan hidangkan.

Sunday, 8 September 2019

Nyonya Sambal Sotong


























Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm sotong, siang, cuci bersih dan 
toskan
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
10 biji cili merah, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras* 
(*ditumbuk halus)
Sedikit air jika perlu

Caranya:-
1. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
2. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
3. Masak dengan api perlahan selama 2-3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat.



Tuesday, 11 June 2019

Sotong Siram Petang



Sumber Resepi : Facebook/Viral Oh Viral

Bahan :-
Sotong
Cili padi
Serai
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Daun limau purut
Limau nipis / lemon
Sos cili thai
Minyak masak

Caranya:-
1. Basuh sotong dan toskan
Potong ikut citarasa masing².
2. Bawang putih, bawang merah, halia, serai, daun limau purut dan limau nipis dipotong awal² yer.
3. Gaul sotong dgn garam dan kunyit.
4. Goreng sekejap separuh masak je.Angkat dan toskan.
5. Dalam kuali lain panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga naik bau.
6. Masukkan Sos Cili Thai kacau sebati.
7. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut.
8. Masukkan sotong, dan kacau sebati. Jangan masak lama² nanti sotong liat.






Thursday, 23 May 2019

Kepingan Badam Berkrim




Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan A:-
125 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
165 gm self-raising flour
125 ml whipping cream

Bahan B:-
90 gm mentega
80 gm gula kastor
75 ml whipping cream
1 camca besar tepung gandum
100 gm kepingan badam (flake almonds)

Caranya:-
1. Dalam satu bekas, kacau bahan A, kecuali tepung, hingga sebati dan gula hancur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati dan tidak berbintil2.
2. Tuang adunan ke loyang berukuran (10 x 10 x 1) inci yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dengan kertas pada dasar loyang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 15 minit.
3. Satukan bahan B dalam periuk, kecuali kepingan badam. Masak atas api perlahan hingga semua bergaul mesra, biar mendidih dan sedikit pekat, kacau selalu. Kemudian masukkan kepingan badam dan gaul hingga rata. 
4. Keluarkan kek dari oven dan ratakan adunan no 3 atas permukaan kek dan ratakan dengan spatula. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar 15 minit lagi. Sejukkan sebelum dipotong.









Tuesday, 21 May 2019

Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Dengan Belimbing Buluh


Bahan:-

2 keping ikan parang

10 biji cili api kampung

1 inci kunyit hidup

Garam

Santan secukupnya

Belimbing buluh


Caranya:-

1. Kisar cili padi dengan kunyit hidup. 

2. Masak bahan kisar bersama santan dan ikan dengan api perlahan supaya santan tak pecah minyak.

3. Masukkan belimbing buluh serta garam. Sesuaikan rasa dan boleh dimatikan api.

Monday, 20 May 2019

Sup Kepala Ikan Merah


Resepi Mak


Bahan:-

Kepala ikan merah 

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1/2 inci halia*

1 sudu rempah sup*

(* blend bersama rempah sup)

Sup bunjut ikan

Garam - secukup rasa

Daun sup / daun bawang


Caranya:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg diblend sehingga naik bau.

2. Masukkan air, sup bunjut dan biarkan mendidih. Kemudian baru masukkan ikan merah. 

3. Masukkan daun sup, daun bawang dan garam secukup rasa.


Thursday, 16 May 2019

Gulai Padang Ikan Sagai


Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen


Bahan:-

Ikan sagai (Kak Azie guna ikan merah)

Santan

2-3 helai daun salam (x letak sbb x da)

3 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit

1 batang serai - ketuk

Belimbing buluh - atau asam keping


Bahan Kisar Halus:-

8 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering - Cik Na mcm Kak Azie guna 2 sudu besar cili kisar

1 ruas jari halia

1 ruas jari kunyit


Caranya:-

1.  Satukan semua bahan di atas dengan santan. Masak sambil terus dikacau dengan api perlahan.

2. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan.

3. Setelah mendidih lagi dan ikan masak, masukkan santan pekat, garam dan asam keping jika tiada belimbing buluh.



Wednesday, 15 May 2019

Lengkong Sirap Rose


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan


Bahan:-

25 gm agar-agar tali

1 cawan gula pasir

1000 ml air

1 camca besar pati sirap rose (Che Mat guna brand double-lion)

2 helai daun pandan


Caranya:-

1. Agar2 tali dikerat pendek2 dan rendam 10 minit. Kemudian jerang atas api sederhana dan masak bersama daun pandan hingga agar2 hancur. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.

2. Tuang pati sirap rose dan kacau hingga rata. Angkat dan tapis agar2 tadi. Tuang dalam acuan kegemaran dan biarkan betul2 keras. Keluarkan dan hidang sebagai pencuci mulut. Simpan lebihan lengkong dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman.


Buttered Prawn


Sumber Resepi: C&P Kak Nor @ Secubit Garam


Bahan:-

10 ekor udang basah (diperap dengan sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak. Atau nak senang, diperap dengan sedikit garam dan digoreng macam biasa)

1 biji telur A (dipukul sedikit)

2 ulas bawang putih (dicincang)

2 cm halia (dicincang)

Sesenduk mentega (boleh adjust sendiri)

1-2 sudu kelapa parut

1-2 tangkai daun kari

2 sb susu cair

1 sudu makan gula

5-6 cili padi (dihiris)


Caranya:-

1. Carikan mentega di dlm kuali leper. Tumis bawang dan halia hingga perang.

2. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.

3. Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.

4. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.

5. Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang.


Monday, 13 May 2019

Caramel Pudding


Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-

6 biji telur

1 tin kecil susu pekat manis

1 tin kecil air

1 sudu kecil tepung kastard

1 sudu kecil esen vanilla


Untuk Caramel:-

10 sudu besar gula pasir

1/4 cawan air panas

Sedikit butter


Caranya:-

1. Lenserkan butter pada loyang 6 x 6 x 3 inci. 

2. Masak gula hingga benar2 keperangan (jangan sampai naik bau hangus.. nanti pahit). Tuangkan air panas, kacau dan cepat2 tuang ke dalam loyang. Ketepikan biar gula sejuk dan keras.

3. Sementara itu, campurkan telur, susu cair, air, esen vanilla dan tepung kastard. Blendkan sebati. Tuang perlahan2 ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

4. Kukus atas api selama lebih kurang 30 minit. Sejukkan dlm fridge. Bila benar2 sejuk, larikkan dengan pisau dulu di tepi loyang caramel baru terbalikkan ke dalam bekas yang sesuai