Resepi : Diana @ Sky Blue's Kitchen
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
4 ekor ikan selar atau ikan kembung (Cik Na guna ikan lain tp x tahu nama)
Daun bawang (Cik Na x letak)
Garam
Asam jawa (kak Ummi letak 3 sudu besar)
2 sudu besar kicap pekat (Cik Na ikut kak Ummi tambah ni)
Air secukupnya
Minyak
Perencah pati ayam/kiub pati ayan (Ni Diana tambah tak bubuh pun x pa)
Bahan A (Digoreng garing):
12 ulas bawang merah - dihiris
12 ulas bawang putih - dihiris
Bahan B:
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - dititik
2 biji cili merah - dipotong menyerong (Cik Na tumbuk dengan cili padi)
Caranya:-
1. Lumurkan ikan dengan garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam/kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih bolehlah masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah dan bawang putih goreng atas ikan. Taburkan daun bawang juga.
No comments:
Post a Comment