Resepi: Ummi@HomeSweetHome
Bahan:-
4 bungkus mee Maggie - patah2kan (x perlu ambik perencahnya)
2 pokok daun bawang*
1 pokok daun sup*
5 tangkai cili padi*
1 cawan air*
(Bahan* dikisar bersama)
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
200 gm isi ayam - dipotong kecil
1 ikat sawi - dipotong
1 sudu kecil lada hitam biji yang telah dikisar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar kicap cair
2 keping tauhu - digoreng dahulu dan potong nipis
2 biji telur - digoreng scramble
1 biji lada benggala - dipotong dadu
2 1/2 cawan air
Garam
Minyak
Sedikit daun bawang - untuk tabur
Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan daun bawang dan daun sup yang telah diblend tadi.
4. Tambah juga 2 1/2 cawan air lagi dan kicap cair.
5. Bila telah mendidih, masukkan maggie dan garam secukup rasa, kacau gaul maggie hingga lembut dan airnya kering.
6. Masukkan tauhu dan lada benggala, kacau rata.
7. Bila telah hampir masak, masukkan pula sayur sawi dan telur scramble dan kacau lagi biar semuanya rata dan maggie betul2 masak elok.
8. Tutup dan hidangkan dengan taburan daun bawang.
No comments:
Post a Comment