Resepi: 400 Resepi Terbaik Chef Wan
Bahan:-
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
3 ekor ketam seberat 1 kg (Cik Na guna ketam kecik)
5 ulas bawang putih-dicincang halus
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan serbuk kari
3 tangkai daun kari
6 biji cili padi-dibuang biji dan dihiris halus
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh lada hitam-ditumbuk kasar atau digiling kasar
Garam
Minyak untuk menggoreng
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng ketam selama 5 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan kacau hingga masak. Masukkan serbuk kari, daun kari dan cili padi. Kacau rata untuk beberapa minit. Masukkan sos tiram, lada hitam dan kacau sebati.
4. Masukkan ketam dan kacau hingga ketam bersalut dengan sos. Perasakan dengan garam.
No comments:
Post a Comment