Tuesday 9 September 2014

Sambal Ikan Tenggiri

Resepi: Ummi@HomeSweetHome

Bahan:-
3 ketul ikan tenggiri (digoreng terlebih dahulu)
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili merah*
5 - 6 biji cili padi*
Sebatang serai diketuk
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
1/2 cawan air (Jika mahu kering x perlu bubuh air)

Caranya:-
1. Tumis semua bahan yang telah dikisar* dan serai sehingga naik bau dan naik minyak.
2. Masukkan asam jawa dan garam.
3. Kemudian masukkan sedikit air dan tunggu hingga menggelegak.
4. Akhir sekali masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga sebati.

No comments:

Post a Comment