Saturday 6 September 2014

Ayam Goreng Palembang

Resepi: Koleksi Resepi Nona Seri Dewi & Keluarga

Bahan:-
3 camca besar sebuk ketumbar
1/2 camca teh jintan manis
4 biji buah keras
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
***dimesin
5 helai daun limau purut
5 helai daun salam
1 ekor ayam
1 biji kelapa (ambil santannya)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Cili kering
Lada merah
***dimesin utk menumis
2 keping asam keping
Garam

Caranya:-
1. Tumiskan bahan2 yang dimesin dan goreng hingga garing dan berbau wangi. Selepas itu masukkan bahan2 rempah yang dimesin dan goreng rata.
2. Kemudian masukkan santan dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan daun limau purut, daun salam, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan biarkan kuah itu mendidih. Jika suka biarkan kuah agak2 kering agar ia benar2 masak.

No comments:

Post a Comment