Monday, 1 September 2014

Daging Masak Merah

Resepi: ummi@homesweethome

Bahan:-
300gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125gm sos tomato
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam
Sedikit air
Minyak

Caranya:-
1. Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
5. Tambahkan sedikit garam dan kicap cair
6. Masak sehingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang  besar. Kacau seketika dan angkat.

No comments:

Post a Comment