Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Bahan A:
300 gm isi ayam
1/2 batang lobak merah
100 gm kubis bunga
1 biji capsicum hijau
1 labu bawang besar Holland
Bahan B (Bahan untuk sos):
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai (diketuk)
3 biji limau kasturi (diambil airnya)
5 biji cili api (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cawan air
Minyak masak
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawamg putih, bawang besar, cili api dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, cili merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kubis bunga dan capcicum hijau.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau.
6. Masukkan air perahan limau kesturi dan tutupkan api.
No comments:
Post a Comment