Resepi: Kuih Muih Melayu Rubiah Suparman
Bahan:-
3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kanji
1 cawan gula pasir
2 sudu teh air kapur
10 cawan air
1 cawan gula merah/gula kabung (diracik halus)
Kelapa parut putih
Caranya:-
1. Gula pasir dan gula merah/gula kabung dimasak dengan secawan air. Biarkan hingga gula cair.
2. Sementara itu tepung gandum dan tepung kanji diayak sekali. Kemudian bancuh dengan air. Masukkan air kapur dan kemudian air gula yang sudah dimasak tadi.
3. Kacau rata. Kemudian tapis untuk mengelakkan bancuhan berbiji-biji (Cik Na blender nak bagi halus)
4. Kukus loyang seketika dan masukkan bancuhan kaswi.
5. Bila sudah masak, angkat dan sejukkan seketika.
6. Potong ikut cita rasa masing2. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut putih yang sudah dimasukkan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment