Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Bahan A:
500 gm daging (dipotong kecil)
2 biji kentang (dipotong dadu kasar)
1 biji tomato (dipotong dadu kasar)
1 pokok daun ketumbar (dipotong kecil)
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh jintan manis
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
4 biji buah keras
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kulit kayu manis
Caranya:-
1. Daging digaulkan bersama rempah kari dan jintan manis. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan daun ketumbar. Masakkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kentang, tomato dan air. Masakkan sehingga semua bahan lembut.
5. Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga pekat dan pecah minyak.
No comments:
Post a Comment