Bahan A:
500 gm udang
2 biji tomato (dipotong dadu kasar)
3 tangkai daun kari
1/2 cawan yogurt asli
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
Bahan B:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata. Tambah air sekiranya perlu.
3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
No comments:
Post a Comment