Tuesday, 9 September 2014

Nasi Goreng Kampung

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
4 cawan nasi sejuk (diperai)
2 biji telur (dipukul sedikit)
200 gm kangkung (dipotong pendek)
2 sudu makan minyak masak
100 gm udang (dibuang kulit) - Cik Na x letak
100 gm sotong (dipotong kecil) - x letak jugak
100 gm isi ayam (dihiris nipis)
Garam

Bahan B (ditumbuk) :
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili api
2 biji cili merah
1 cawan ikan bilis
1 inci belacan

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, sotong dan isi ayam.
2. Masukkan kangkung dan kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan keras sebentar baru dihancurkan.
4. Masukkan nasi dan garam. Kacau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment