Saturday, 20 September 2014

Kari Kambing

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
1 kg daging kambing
5 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan air)
2 sudu makan kerisik (dibancuh dengan air)
4 cawan santan
5 biji kentang (dipotong 6)
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk kasar):
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan rempah kari daging. Masakkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang empuk.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.

No comments:

Post a Comment