Sunday, 24 June 2018

Daging Goreng Kunyit


Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong (Cik Na tukar cili padi)
1 batang leek, dikerat2, 1 inci panjang (resepi asal tak x tapi Che Mat tambah tp Cik Na x letak sebab x da)

Caranya:-
1. Hiris daging nipis2, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekurang2nya 20 minit.
2. Masak daging atas api perlahan hingga air daging kering dan daging empuk, tambah sedikit air jika perlu. Kemudian tuang minyak masak dalam daging tadi (anggaran 3 camca besar) dan goreng hingga daging sedikit garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan leek. Goreng hingga lembut. Akhir sekali masukkan bawang besar dan hirisan cili merah/cili padi. Gaul rata dan goreng hingga semua garing. Angkat dan hidangkan panas.

Almond Crunchy



Summer Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
300gram tepung bienetta
35g black sesame
85g sunflower seeds
85g melon seeds
85g pumpkin seeds
 
Caranya:-

1. Bakar kekacang (black sesame, sunflower seeds, melon seeds & pumpkin seeds) selama 5 minit dengan suhu 160C.

2. Campurkan kekacang dengan tepung florantine (Bienetta).

3. Ambil campuran tadi dalam setengah sudu besae, masukkan ke dalam acuan tat telur.
4. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.




5. Selepas dibakar, tunggu suam2 kuku dan cengkamkan acuan tat telur utk mengeluarkan biskut dari acuan. Jangan tunggu sejuk nanti cepat patah.(3 percubaan Cik Na gagal semua patah dan x jadi bulat.. so Cik Na tukar guna acuan cupcake.. baru la elok jadi bulat.








Friday, 22 June 2018

Sotong Masak Ala Sangdewi


Sumber Resepi: Instagram @rozisangdewi

Bahan:-
Sotong 
Bawang merah *
Bawang putih *
(* ditumbuk)
Halia - dihiris
Bawang besar - dihiris
Cili merah - dihiris (Cik Na tukar cili padi nak lagi pedas)
Kiub ayam
Kicap manis
Serbuk kunyit
Garam

Caranya:-
1. Letak sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk.
2. Masukkan hirisan halia masa menumis, masukkan sotong (digaul kunyit sikit), letak sedikit saja air, biarkan sotong masak. 
3. Masukkan sedikit garam, kiub ayam dan sedikit kicap manis. 
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. 

Tuesday, 19 June 2018

Sambal Ayam Cili Padi Tom Yam


Sumber Resepi: Instagram @resepisedap

Bahan:-
Ayam 8 ketul(bersihkan dan potong kecik.. goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih1 sudu makan pes tomyam

1 batang serai
 5 @ 6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam dan perasa
1 biji bawang besar-hiris bulat

Caranya:-
1. Kisar bahan bertanda *
2. Tumis bahan hingga naik bau.
3. Masukkan serai dan daun limau purut.
4. Masukkan pes tomyam.
5. Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris.

Thursday, 7 June 2018

Ayam Masak Lemak Cili Api (Resepi III)



Sumber Resepi: Instagram @roziesangdewi

Bahan:-

Ayam
Serai - dititik
Bawang besar - dikisar
Lengkuas - dititik
Cili api - dikisar
Kunyit - dikisar
Kerisik
Santan cair & santan pekat
Daun kunyit

Caranya:-

1. Semua bahan dimasukkan terus dalam periuk, ayam, santan cair sikit (supaya ayam senang nak masak cepat, nanti baru letak santan pekat), cili api dan kunyit yang ditumbuk/dikisar, sedikit bawang besar yang ditumbuk/dikisar (bawang ni bagi sedap saja, sikit aje, tak perlu banyak), serai yang dititik dan sedikit hirisan lengkuas yg dititik. Masak atas dapur. 
2. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat, masukkan garam. Bila hampir nak masak, masukkan daun kunyit. Kalau ada kerisik di rumah, masukkan sedikit saja sebagai penambah kelazatan. Kalau tak nak masukkan pun resipi ni dah sedap dah. 
3. Kalau nak masukkan kentang, kena masukkan sama dgn ayam mula2 tadi, biar kentang lembut seiring ayam pun masak elok. Masak lemak ni jangan ditumis seeloknya, ayam pun dah menghasilkan minyak.



Monday, 28 May 2018

Nasi Goreng

Bahan:-


3 mangkuk nasi putih

1 1/2 cawan ikan bilis goreng garing 

10 biji cili padi panjang (cili thai) - hiris

1 labu bawang besar - hiris

5 ulas bawang putih - hiris

Kacang panjang - hiris (x letak sbb x da)

2 biji telur - buat mcm scramble egg

2 1/2 sudu kecil garam halus 


Caranya:- 


1. Panaskan minyak, tumis cili, bawang besar dan bawang putih, kacau layu dan wangi.

2. Masukkan kacang panjang, kacau sekejap. 

3. Masukkan nasi, kacau rata dan masukkan garam.

4. Goreng hingga nasi kelihatan meletup-letup naik/garing sikit. 

5. Gaulkan ikan bilis goreng tadi dan scramble egg.



Monday, 21 May 2018

Sotong Goreng Kunyit Simple


Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi


Bahan:-

Semangkuk sotong yg telah dibersihkan 

3 btg serai diketuk 

Sebiji bawang besar dipotong gelang 

3 sb pes bawang merah bawang putih 

6-7 helai daun limau purut (x letak sebab x da)

1-2 sb serbuk kunyit 

4-5 biji cili padi 

Garam Gula 


Caranya:-

1. Panaskan minyak. Tumis pes bawang Biarkan hingga naik minyak.

2. Masukkan serai,sotong dan daun limau purut. Biarkan hingga sotong masak. 

3. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula. Tutup kuali dengan penutup kuali. Tak perlu bubuh air sebab sotong akan keluarkan air sewaktu mendidih tu.

4. Masukkan bawang besar yg telah dipotong td. 

5. Masukkan cili padi. Apabila sotong sudah lembut, angkat dan hidangkan.

Sunday, 20 May 2018

Sambal Ketam




Sumber Resepi: Majalah Nona Mei 2018

Bahan:-
4 ekor ketam (dibuang kulit dan dibersihkan)
1/3 cawan minyak untuk menumis
2 batang serai (diketuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
15 biji cili kering (dipotong dan direbus)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan serai. 
2. Masuk bahan2 kisar. Masak sehingga kering dan pecah minyak. 
3. Tambah garam secukupnya.
4. Masukkan air, kacau dan biarkani ia mendidih. 
5. Masukkan ketam dan masak selama 20 minit.


Thursday, 3 May 2018

Ayam Cili Masak Ketumbar



Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap

Bahan:-
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit dan garam untuk digaulkan dengan ayam
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
4 sudu besar ketumbar **
1 sudu besar jintan manis**
4 sudu besar cili kisar
2 asam keping

Note: 
- Kisar bahan2 bertanda * bersama2 (kisar dengan sedikit air)
- Kisar bahan2 bertanda ** bersama2 (guna blender kering)

Caranya:-
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sampai garing.
2. Tumis bahan2 bertanda * yang telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan bahan2 bertanda ** dan tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana).
5. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati. Siap dihidang.

Tuesday, 1 May 2018

Daging Goreng Garam Kunyit Kelantan



Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Daging - jangan potong nipis (Cik Na guna daging batang pinang)
Hati, paru, lidah - jika ada, Cik Na x letak
Garam
Kunyit hidup
Sedikit kunyit serbuk
Minyak

Bahan Lain:-
Bawang besar - hiris
Cili hijau solok - guna cili merah
Daun sup - hiris (x letak x da)

Caranya:-
1. Daging dihiris sederhana tebal, barulah lebih sedap. Daging dilumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Masukkan daging ke dalam kuali dan dimasukkan sedikit air. Sedikit sahaja kerana daging juga akan mengeluarkan air. Ianya bertujuan untuk daging masak dan lembut.
3. Setelah air kering dan daging telah lembut, tuangkan minyak masak ke dalam kuali. Kacau rata. Jangan digoreng terlalu lama atau terlalu garing kerana ia akan menjadikan daging keras dan kering.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hijau solok/cili merah. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Sebelum dihidangkan tabur dengan daun bawang atau daun sup.

Tuesday, 24 April 2018

Ayam Kam Heong

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
Ayam (digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
2 biji bawang besar (1 biji didadu, 1 biji dihiris)
3 ulas bawang putih (didadu)
3 tangkai daun kari
2 sb serbuk kari (dibancuh dengan air)
1 sb kicap
2 sb sos cili
3 biji cili padi (dihiris)
Minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak. Goreng ayam sampai masak. Ketepikan.
2. Guna minyak goreng ayam tadi dalam 2 sb. Tumis bawang besar & bawang putih yang didadu sehingga layu.
3. Masukkan daun kari.
4. Masukkan serbuk kari dan kacau sebati.
5. Masukkan pula kicap dan sos cili.
6. Perasakan mengikut selera masing2.
7. Masukkan ayam, bawang hiris dan cili padi. Gaul sebati.


Saturday, 21 April 2018

Ayam Goreng Berlada

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap

Bahan:-
Ayam setengah ekor
3 biji bawang merah
2 biji lada merah
4 biji cili padi
Asam keping
1 inci belacan
1/2 sudu gula
Garam dan perisa

Caranya:-
1. Blender semua kecuali ayam dan asam keping.
2. Tumiskan bahan kisar dengan minyak.
3. Masukkan asam keping.4. Apabila telah pecah minyak, masukkan ayam (Cik Na goreng dulu ayam tu resepi asal x goreng).
5. Gaul ratakan dan biarkan seketika.
6. Apabila ayam telah masak, bolehlah diangkat dan dibuang lebihan minyak sebelum dihidangkan.



Sunday, 1 April 2018

Sambal Sotong (Resepi II)


 
Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
500 gm sotong
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
20 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris. Kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, kemudian masakkan sehingga pecah minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong, bawang besar dan daun kari. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang sedikit layu. Tutupkan api.