Thursday, 30 October 2014

Cryspy Fried Bread (Roti Goreng Rangup)

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
8 keping roti (buang kulit tepinya)
Serikaya secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2cm (1 sudu besar) marjerin
1 sudu kecil garam
Sedikit gula (supaya gorengan sedikit berkilat)
Sedikit pewarna kuning

Caranya:-
1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan kacau dengan whisk, masukkan pewarna kuning, gaul rata dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong kepada 4 bahagian.
3. Panaskan minyak dan celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keperangan. Balik2kan selalu (kalau lagi garing, lebih rangup dan sedap).

Wednesday, 29 October 2014

Jemput Roti Udang

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
16 keping roti putih (Gardenia)
15 ekor udang sederhana - potong kecil2
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1 biji cili merah - diracik halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Roti putih disiat2 kecil dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Tuangkan air (jangan tuang semua dulu, tinggalkan sedikit) ke atas roti dan tekan2 sedikit biar roti basah2 sedikit.
3. Masukkan pula telur dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang, bawang, cili dan daun bawang. Gaul2 rata biar roti semua lembut basah dan sebati (jangan terlalu lembik, agak2 boleh diketulkan bulat2).
4. Ketul2kan adunan dalam pinggan dulu kalau nak senang. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng, balik2kan selalu agar masak rata. Bila dah kuning keemasa bolehlah diangkat.
5. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Tuesday, 28 October 2014

Gulai Kari Ikan Pari

Bahan:-
1 potong panjang ikan pari - potong kecil
* 3 sudu besar rempah kari ikan & 1 sudu besar lada kisar bancuh dengan sedikit air
1/2 biji santan
Sedikit air asam jawa
1 biji tomato - belah 4
1/2 batang carrot - potong bulat
** 1 biji bawang putih, 1 biji bawang kecil, 1 inci halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga
Minyak
5 helai daun kari
1 batang serai - dititik
Garam & air secukupnya

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 ** sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan* tumis seketika. Masukkan sedikit air dan asam jawa.
3. Masukkan santan dan sedikit air.
4. Masukkan kentang dan carrot. Masukkan serai dan daun kari.
5. Masukkan ikan dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api.

Monday, 27 October 2014

Makaroni Sup

Resepi: Selera Ramadhan Rubiah Suparman

Bahan:-
1/2 paket makaroni
200 g daging tetel/daging biasa
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang lobak merah
4 sudu makan sayur campur (Cik Na x letak)
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Makaroni direbus hingga kembang dan diketepikan.
2. Daging dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk.
3. Bawang putih, bawang besar dan halia dihiris.
4. Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk lada hitam dan bahan2 hirisan tadi. Setelah naik bau masukkan rebusan daging tetel dan garam.
5. Kemudian masukkan lobak merah. Setelah mendidih masukkan makaroni dan sayur campur. Biarkan mendidih sebentar baru diangkat.
6. Semasa menghidang hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Saturday, 25 October 2014

Sardin Gulung

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:

10 keping roti
3 biji telur
1 cawan serbuk roti
Sedikit garam
Minyak

Bahan B (Inti):

1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji cili merah (dicincang)
1 labu kecil bawang besar (dicincang)

Caranya:-

1. Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garfu.
2. Masakkan hingga sedikit kering. Sapukan inti di atas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yang dipukul.
3. Celupkan roti ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam.
4. Golekkan gulungan roti di atas serbuk roti.
5. Gorengkan dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan.

Wednesday, 22 October 2014

Biskut Lidah Kucing

Bahan:-
125 g butter
125 g marjerin
150 g gula halus
1 sudu teh esen vanila
100 ml putih telur
200 g tepung gandum
50 g tepung jagung

Caranya:-
1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul butter, marjerin dan gula halus hingga kembang dan naik gebu.
3. Masukkan esen vanila. Pukul rata.
4. Kemudian masukkan telur dan tepung yg diayak tadi. Gaul rata.
5. Bahagi adunan kepada 6 bahagian. Warnakan dan masukkan ke dlm piping bag untuk di pipekan.
6. Bakar pada suhu 160'C selama 15 minit.

Udang Kari

Resepi : Ketuk-Ketuk Sheila Rusly

Bahan:-
1 kg udang saiz besar (Cik Na guna udang kecik je)
20 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
1 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
2 sudu kicap manis
Sedikit tepung jagung
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Udang dibersihkan dan dibuang kulit.
2. Gaul udang bersama sedikit garam, lada sulah dan tepung jagung. Gaul rata dan biarkan seketika.
3. Kemudian goreng udang sehingga kekuningan dan ketepikan.
4. Kisar berasingan bawang besar dan cili kering.
5. Tumis bawang, cili dan daun kari.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan kicap manis dan air asam jawa. Gaul rata.
8. Setelah semuanya sebati, masukkan udang.

Monday, 20 October 2014

Ayam Sambal Hijau

Resepi : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan:-
1 kg ayam dipotong sederhana kecil
Serbuk kunyit dan garam-digaul rata bersama ayam..kemudian goreng
2 biji bawang besar*
2-3 ulas bawang putih*
9-11 biji cili padi*
7 biji cili hijau*
2 batang serai-dititik
1 biji bawang besar-dihiris
2 biji cili hijau-dihiris
1/2 batang leek-dihiris(Cik Na x letak)
7 biji tomato cherry (Cik Na guna tomato biasa)
1 ketul chicken cube
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Kisar semua bahan bertanda*.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar bersama serai sehingga naik bau. Kacau sekali sekala dan biarkan bahan2 tumisan dimasak hingga pecah minyak.
3. Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam. Kacau sebati dan perlahankan api. Biarkan kuah agak pekat. Tambahkan garam dan chicken cube.
4. Akhir sekali masukkan bawang, cili hijau dan leek dan juga tomato. Gaul sebati dan tutup api.

Sunday, 19 October 2014

Gulai Lemak Ikan Pari

Bahan:-
Ikan pari
4 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji kelapa - dijadikan santan cair sebanyak 700ml dan santan pekat sebanyak 200ml
Garam secukup rasa

Dikisar halus:
40 tangkai cili padi
2cm kunyit

Caranya:-
1. Di dalam periuk, masukkan ikan bersama dengan jus limau, cili dan kunyit lalu didihkan selama 2 minit.
2. Masukkan santan cair dan didihkan selama 5 minit. Sesudah itu, baru masukkan santan pekat, garam dan masak selama 10 minit lagi.

Thursday, 16 October 2014

Daging Goreng Cili Api

Bahan A:
500gm daging
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air
2 biji tomato (Cik Na x letak)
1 pokok daun bawang (pun x letak)
3 biji cili merah (dihiris-Cik Na guna cili hijau)
10 biji cili api (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar):
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yg sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Kacau rata.

Monday, 13 October 2014

Sambal Ikan Daun Kesum

Resepi: Lin Malek (www.facebook.com/bukuresepi)

Bahan:-
4 ekor ikan bawal-dibelah 2 (Cik Na guna ikan tenggiri)
20 tangkai cili kering
2 biji bawang merah*
5-6 ulas bawang putih (Cik Na kurangkan)*
Suku inci halia*
(blender bahan *)
2 batang serai-hiris halus
2 ikat daun kesum
2 biji tomato-belah2kan
Jus asam jawa
1 sudu serbuk kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
4 sudu kicap manis
Sedikit belacan*
Garam secukup rasa

1. Goreng ikan hingga garing dan angkat ketepikan.
2. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa dan serai.
4. Biarkan menggelegak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.
5. Masukkan tomato dan daun kesum.
6. Akhir sekali masukkan ikan goreng dan perasakan dengan garam.

Wednesday, 8 October 2014

Biskut Sarang Semut

Bahan:-
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum*
100g tepung jagung*
*diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Hiasan:
Sedikit coklat urai
Paper cup kecil
Caranya:-
1. Pukul kembang butter dengan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yang telah diayak. Gaul rata.
4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup.
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c sampai masak (anggaran 15 minit)

Tuesday, 7 October 2014

Mee Goreng Ala Mamak

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 paket mee kuning (Cik Na buat sepaket je..jd semua bahan separuh)
10 ekor udang basah (Cik Na ganti daging)
2 keping isi ayam-potong kecil (Cik Na x letak pun)
3 biji telur
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar-dadu
2 ulas bawang merah-tumbuk kasar
5 ulas bawang putih-ketuk/racik
2 keping tauhu-digoreng dan potong nipis
1 cekak sawi
200 gm taugeh
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap mee (Cik Na guna kicap manis)
1 sudu besar kicap cair
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Garam
1/4 cawan minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak,pecahkan telur dan kacau sekejap. Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga layu.
2. Masukkan cili. Kacau sebentar dan masukkan ayam (daging), semua jenis kicap dan garam.
3. Masukkan sawi dan mee, kacau rata 5 minit.
4. Masukkan tauhu dan akhir sekali masukkan taugeh.
5. Kacau sebentar dan tutup api.

Monday, 6 October 2014

Ikan Berlado

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
Ikan selar (Cik Na guna ikan lain)
2 helai daun limau purut
Sedikit garam

Bahan Dikisar:-
5 biji cili merah
4 biji cili padi (Cik Na letak lebih)
Sedikit belacan - dibakar sedikit
1 biji bawang besar
1 biji tomato - sederhana besar

Caranya:-
1. Ikan digoreng sehingga garing.
2. Tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam serta daun limau purut.
4. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya.
5. Biarkan sebentar supaya sambal meresap ke dalam ikan.

Thursday, 2 October 2014

Asam Pedas Bungkus

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan A:
400 gm ikan pari (Cik Na guna ikan tenggiri)
1 cawan jus asam jawa
3 tangkai daun kesum
5 tangkai daun ketumbar (Cik Na x letak)
1 batang serai - diketuk
6 biji bendi
1 biji tomato - belah 4
Minyak
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit/1 cm kunyit hidup
Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum dan biarkan hingga mendidih dan pekat.
3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai dan daun ketumbar di dalam aluminium foil. Tuangkan kuah yang dimasak tadi, bungkus dan lipatkan.
4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit.

Ikan Tenggiri Sambal Kantan

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 keping ikan tenggiri (atau apa2 ikan pun boleh)
6 tangkai cili merah
4 biji cili padi (Cik Na suka pedas jd lebihkan)
1 cm belacan yg dibakar (Cik Na x bakar pun)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh garam/secukup rasa
1 kuntum bunga kantan (hiris)

Caranya:-
1. Ikan dibersihkan dan dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng agak garing.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih (x perlu hiris) dan buah keras sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknya. (*kalau x nak goreng dulu pun boleh...kisar dulu semua bahan kecuali bunga kantan,garam,tumiskan hingga naik minyak, masukkan garam, tutup api dan gaulkan dengan bunga kantan. Tp lebih sedap digoreng dulu).
3. Kisar bahan goreng tadi bersama garam hingga halus.
4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan bunga kantan dan gaul rata. Hidangkan dengan ikan goreng.

Wednesday, 1 October 2014

Ikan Tempra Nyonya

Resepi : Diana @ Sky Blue's Kitchen
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
4 ekor ikan selar atau ikan kembung (Cik Na guna ikan lain tp x tahu nama)
Daun bawang (Cik Na x letak)
Garam
Asam jawa (kak Ummi letak 3 sudu besar)
2 sudu besar kicap pekat (Cik Na ikut kak Ummi tambah ni)
Air secukupnya
Minyak
Perencah pati ayam/kiub pati ayan (Ni Diana tambah tak bubuh pun x pa)

Bahan A (Digoreng garing):
12 ulas bawang merah - dihiris
12 ulas bawang putih - dihiris

Bahan B:
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - dititik
2 biji cili merah - dipotong menyerong (Cik Na tumbuk dengan cili padi)

Caranya:-
1. Lumurkan ikan dengan garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam/kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih bolehlah masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah dan bawang putih goreng atas ikan. Taburkan daun bawang juga.