Wednesday, 30 December 2015

Blondies Bar

Sumber Resepi: Eny Andullah

Bahan:-
1 3/4 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan butter
170 gm gula perang (boleh kurangkan 150 gm)
3 biji telur size B
1 cawan coklat coins susu
Vanilla essence
Coklat chip secukupnya untuk ditabur di atas

Caranya:-
1. Sediakan acuan berukuran 8 x 8 inci atau 9 x 9 inci. Gris dengan butter atau marjerin, kemudian letak kertas pelapik (parchment paper) rapat2 sehingga melekap ke acuan, lebihkan sikit di bahagian atas kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar. Sekali lagi gris butter satu lapis lagi di atas kertas pelapik.
2. Ayak tepung, baking powder dan garam.
3. Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang. Kacau. Sejukkan sedikit.
4. Panaskan oven dengan suhu 170C.
5. Masukkan telur ke dalam campuran butter dan gula perang yang cair tadi. Sebiji demi sebiji dan kacau sebati. Tak perlu pukul. Sekadar dikacau hingga tak nampak telurnya dan sebati dan gula. Masukkan juga vanilla essence.
6. Masukkan tepung yang diayak. Kacau sebati dengan senduk sehingga adunan bercampur elok. Jangan terlebih kacau. Adunan memang akan menjadi sedikit pekat dan likat.
7. Masukkan coklat coins dan kacau rata.
8. Tuang adunan ke dalam acuan berukuran 8 x 8 inci atau boleh juga 9 x 9 inci bergris dan diletakkan kertas pelapik. Tabur coklat cip di atasnya.
9. Bakar selama 25 minit pada suhu 170C atau sehingga cucuk cake tester, adunan masih sedikit melekat. Tak boleh bakar lama nanti kering.
10. Sejukkan sehingga betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong empat segi tepat menjadi 16 keping.

No comments:

Post a Comment