Sunday, 27 December 2015

Lepat Pisang

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
Daun pisang secukupnya - dilayurkan dan dilapkan bersih
30 biji pisang kapas - dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yang telah dilenyek)
1/2 cawan gula pasir
5 sudu besar gula melaka-diracik halus (gula merah pun boleh)
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

Caranya:-
1. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/gula merah dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yang sudah dilayurkan.
4. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dengan kemas seperti membungkus nasi lemak.
5. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
6. Setelah siap bolehlah diangkat, sejukkan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment