Sunday, 27 December 2015

Kek Pisang (Resepi II)

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
150 gm gula
150 gm butter
150 gm self raising flour (dgn secubit soda bikarbonat)
3 biji telur dipukul
1 cawan pisang emas masak yang dilecek

Caranya:-
1. Pukul gula dengan butter hingga kembang. Kalau pukul menggunakan spatula lebih kurang 15 minit.
2. Selepas itu masukkan telur sedikit demi sedikit dalam 3 kali tuang.
3. Masukkan separuh dari tepung dan dibalik2kan.
4. Masukkan pisang dan selepas itu baki tepung. Jangan terlebih kacau adunan tersebut.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang disapu dengan butter dan ditabur dengan tepung gandum. Atau boleh juga lapik dengan kertas pelapik.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 20 minit (guna api bawah) dan 10 minit (guna api atas).
7. Disejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment