Thursday, 31 December 2015

Ikan Masak Taucu

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh, Cik Na guna ikan cencaru)
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
3 sudu besar taucu
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan air asam jawa
2 biji cili merah - belah 4
2 biji cili hijau - belah 4
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - potong bulat
Sedikit air
Sedikit garam (taucu dah masin)
Sedikit gula

Caranya:-
1. Goreng ikan 2/3 masak, angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak ikan tadi kepada 3 sudu besar. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan cili kering, kacau sebentar dan masukkan taucu dan kicap pekat.
4. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan akhir sekali letak ikan.
5. Sebelum angkat masukkan cili, tomato dan bawang besar.


Seri Muka Permata

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan Lapisan Bawah:-
1 1/2 cawan pulut - direndam 2 jam
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat
1 biji telur gred B
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 cawan bebola beras - direbus dan ditoskan airnya

Caranya:-
1. Sediakan loyang 8" x 8". Sapukan minyak sekeliling loyang dan lapikkan plastik di dasarnya.
2. Masukkan bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
3. Setelah masak, tekankan dalam loyang mampat. Kukus semula selama 10 minit.
4. Sementara itu bancuhkan bahan lapisan atas kecuali bebola beras.
5. Kemudian masak atas api sederhana hingga berwap.
6. Masukkan bebola beras dan kacau rata.
7. Tuangkan atas lapisan pulut yang telah dikukus tadi dan kukus semula selama 30 minit.
8. Apabila sudah masak, tunggu sehingga sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Wednesday, 30 December 2015

Pulut Serawa Durian

Sumber Resepi (Pulut): Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Pulut:-
500 gm pulut (Cik Na guna pulut susu jadi x perlu rendam, cuci je. Pulut biasa cuci dan rendam 30 minit)
375 ml santan cair
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh minyak masak

Caranya:-
1. Panaskan kukusan. Toskan pulut dan ratakan dalam loyang (Cik Na guna loyang 10 inci, Cik Mat Gebu guna loyang 12 inci).
2. Bancuh garam dan minyak bersama santan, kacau rata dan tuang dalam pulut tadi.
3. Letakkan simpulan daun pandan dan kukus selama 25 minit. Kemudian, gemburkan pulut dan kukus lagi 7 - 10 minit.

Sumber Resepi (Serawa): Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
10 ulas isi durian (Cik Na x letak sbb x jumpa durian pun)
1 buku gula Melaka
1 biji kelapa (diperah dan dijadikan 5 cawan santan)
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
1. Masukkan santan, gula, durian dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dengan menggunakan api yang sederhana perlahan.
2. Kacau supaya tidak berketul2 dan sehingga mesra dan isi durian tanggal dari biji durian.
3. Ceduk pulut dan hidangkan bersama kuah serawa durian tadi. Selain pulut serawa boleh dimakan dengan roti atau roti jala.

Sotong Goreng Serai Wangi

Resepi: Chef Wan
Sumber:  Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
500 gm sotong, dibersihkan dan dihiris
2 batang serai, dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan, dihiris nipis
10 biji cili padi, dibuang biji dan dihiris
2 sudu makan pes tom yam
4 sudu makan air
1 sudu teh madu
1 1/2 sudu mayonis
3 helai daun limau purut, diracik halus
Minyak masak

Bahan Perapan:-
1 1/2 sudu sos tiram
1 biji telur bersaiz sederhana
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Satukan semua bahan perapan di dalam mangkuk dan kacau rata. Masukkan sotong dan perap selama 1t minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng sotong hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan.
3. Di dalam kuali bersih, panaskan 1 sudu makan minyak masak dan tumis serai, bunga kantan, cili dan pes tom yam hingga naik bau.
4. Masukkan air, madu dan sotong, kacau rata. Alihkan dari api dan masukkan mayonis.
5. Hiaskan bersama daun limau purut.

Blondies Bar

Sumber Resepi: Eny Andullah

Bahan:-
1 3/4 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan butter
170 gm gula perang (boleh kurangkan 150 gm)
3 biji telur size B
1 cawan coklat coins susu
Vanilla essence
Coklat chip secukupnya untuk ditabur di atas

Caranya:-
1. Sediakan acuan berukuran 8 x 8 inci atau 9 x 9 inci. Gris dengan butter atau marjerin, kemudian letak kertas pelapik (parchment paper) rapat2 sehingga melekap ke acuan, lebihkan sikit di bahagian atas kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar. Sekali lagi gris butter satu lapis lagi di atas kertas pelapik.
2. Ayak tepung, baking powder dan garam.
3. Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang. Kacau. Sejukkan sedikit.
4. Panaskan oven dengan suhu 170C.
5. Masukkan telur ke dalam campuran butter dan gula perang yang cair tadi. Sebiji demi sebiji dan kacau sebati. Tak perlu pukul. Sekadar dikacau hingga tak nampak telurnya dan sebati dan gula. Masukkan juga vanilla essence.
6. Masukkan tepung yang diayak. Kacau sebati dengan senduk sehingga adunan bercampur elok. Jangan terlebih kacau. Adunan memang akan menjadi sedikit pekat dan likat.
7. Masukkan coklat coins dan kacau rata.
8. Tuang adunan ke dalam acuan berukuran 8 x 8 inci atau boleh juga 9 x 9 inci bergris dan diletakkan kertas pelapik. Tabur coklat cip di atasnya.
9. Bakar selama 25 minit pada suhu 170C atau sehingga cucuk cake tester, adunan masih sedikit melekat. Tak boleh bakar lama nanti kering.
10. Sejukkan sehingga betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong empat segi tepat menjadi 16 keping.

Tuesday, 29 December 2015

Lompat Tikam

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis
Resepi Asal : Chef Hanieliza

Bahan:-
Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
1/2 cawan air tapisan pandan dan pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
Sedikit garam

Lapisan Putih
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Air Gula Merah
1 cawan gula merah (sedap kalau guna gula melaka)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan-disimpul

Caranya:-
Lapisan Hijau
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. (Cik Na guna mangkuk corelle)
2. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masak adunan di atas api seketika. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
4. Apabila sudah masak cakarkan sedikit permukaan kuih bagi memudahkan bahagian lapisan putih melekat.

Lapisan Putih
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masak adunan di atas api seketika.
3. Tuangkan adunan perlahan2 di atas lapisan hijau.
4. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian setelah masak sejukkan.
5. Potong kuih apabila kuih benar2 sejuk dan hidangkan bersama air gula merah.

Air Gula Merah
1. Masak semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapis dan hidangkan bersama kuih.


Bubur Pulut Hitam

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 buku gula melaka (x letak pun)
1/2 cawan gula pasir (ikut manis masing2)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih (Cik Na guna santan kotak)
Secubit garam

Caranya:-
1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang. Ketepikan.
2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk dapatkan santan pekat. Ketepikan.
3. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
4. Masak gula melaka, gula, daun pandan dan santan cair hingga gula larut. Kemudian tapis.
5. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
6. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk. Santan pekat tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan.

Monday, 28 December 2015

Udang Vietnam Style

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
4 ekor udang bersaiz besar (300 gm) - Cik Na mcm kak Ummi guna udang saiz sedang je
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan paste tom yam
Sedikit belacan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:-
1. Tumis bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan sos cili, sos tomato, paste tom yam dan kicap cair.
2. Masukkan sedikit air bergantung kepada kepekatan kuah yang dikehendaki. Biarkan ia mereneh seketika. Masukkan belacan.
3. Masukkan udang dan gaul sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan ia masak seketika, tutup api dan boleh dihidangkan.

Sambal Sotong Peranakan

Resepi: Chef Wan
Sumber: Buku Sajian Tradisi Bersama Chef Wan

Bahan:-
80 ml minyak
500 gm sotong, dicuci dan dipotong besar
8 biji belimbing dibelah dua (x letak sbb x da stok)
4 biji limau kasturi, ambil jusnya
125ml sos tomato
30 helai daun pudina (x da)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Dikisar Halus:-
8 tangkai cili merah , dibuang biji
3 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 helai daun limau purut
2 batang serai
5 biji buah keras

Caranya:-
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar halus dengan minyak sehingga wangi. Masukkan sotong, belimbing, air limau kasturi dan masak selama 3 minit lagi.
2. Masukkan sos tomato, gula dan daun pudina. Tambahkan garam secukup rasa.

Sunday, 27 December 2015

Kek Pisang (Resepi II)

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
150 gm gula
150 gm butter
150 gm self raising flour (dgn secubit soda bikarbonat)
3 biji telur dipukul
1 cawan pisang emas masak yang dilecek

Caranya:-
1. Pukul gula dengan butter hingga kembang. Kalau pukul menggunakan spatula lebih kurang 15 minit.
2. Selepas itu masukkan telur sedikit demi sedikit dalam 3 kali tuang.
3. Masukkan separuh dari tepung dan dibalik2kan.
4. Masukkan pisang dan selepas itu baki tepung. Jangan terlebih kacau adunan tersebut.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang disapu dengan butter dan ditabur dengan tepung gandum. Atau boleh juga lapik dengan kertas pelapik.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 20 minit (guna api bawah) dan 10 minit (guna api atas).
7. Disejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

Lepat Pisang

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
Daun pisang secukupnya - dilayurkan dan dilapkan bersih
30 biji pisang kapas - dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yang telah dilenyek)
1/2 cawan gula pasir
5 sudu besar gula melaka-diracik halus (gula merah pun boleh)
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

Caranya:-
1. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/gula merah dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yang sudah dilayurkan.
4. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dengan kemas seperti membungkus nasi lemak.
5. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
6. Setelah siap bolehlah diangkat, sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, 23 December 2015

Udang Bersos Plum

Sumber Resepi: Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai
1/4 cawan sos plum
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Caranya:-
1. Lumur udang dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
3. Tambah red/yellow/green capsicum dan leek, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sediki garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Monday, 21 December 2015

Mee Paprik

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:-
1 bungkus mee kuning (dibasuh dan toskan)
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1 sudu kicap pekat
5 helai daun limau purut
5 biji cili padi (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 cawan air
2 kiub pes tom yam
3 sudu makan minyak

Bahan B (Dipotong Kecil):-
300 gm isi ayam
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong
1 batang lobak merah
100 gm bunga kubis
10 kacang peas (x letak pun)
1 labu bawang besar
1 biji tomato

Caranya:-
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayur2an yang lain dan kacau rata.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau rata.
6. Tutup api kemudian masukkan mee. Kacau sekali lagi.

Saturday, 19 December 2015

Apam Susu

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sheila Rusly
Bahan:-
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovellete
1 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
Pewarna
Caranya:-
1. Pukul telur, esen vanilla, ovellete dan gula sehingga kembang dan putih. Guna hand mixer.
2. Kemudian masukkan susu pekat.
3. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang, mengikut citarasa sendiri. Boleh selamg selikan setiap warna untuk dapatkan layer yang cantik.
6. Kukus adunan selama 45 minit sehingga masak.

Sambal Goreng Jawa

Sumber Resepi: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
7 tangkai kacang panjang,hiris serong
1 biji kentang, dadu dan goreng hingga empuk, toskan
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
1 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
40 gm fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 keping pedal ayam,cuci bersih, hiris kecil
2 keping hati ayam, cuci bersih dan potong kecil
(Cik Na tukar dgn udang kering)
1/2 inci belacan, bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan jus asam jawa
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/3 santan (optional, x letak)
Garam dan gula secukupnya

Caranya:-
1. Pedal dan hati ayam dicelur sekejap, buang airnya. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng pedal dan hati tadi sekejap. Angkat dan toskan. Cik Na guna udang kering jadi Cik Na tumis sekali dengan bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum.
3. Masukkan pedal dan hati ayam  jus asam jawa, belacan dan santan. Kacau rata dan biar mendidih.
4. Masukkan fucuk, tauhu, tempe, kentang, cili merah dan hijau. Kacau rata, masukkan kacang panjang. Gaul rata. Tambah soo hoon tadi. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masak dengan api sederhana hingga sambal goreng sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Thursday, 17 December 2015

Kuih Seri Muka

Sumber Resepi : Azie @ Azie Kitchen (Lapisan Bawah) & Resepi Mak (Lapisan Atas)

Bahan Lapisan Bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair (200ml santan kotak & 200ml air)
1 sk garam (tambah sikit lagi)
2 sb minyak

Caranya:-
1. Sediakan kukus terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 min (Cik Na guna pulut susu so x yah rendam,bersihkan je)
3. Toskan beras pulut.
4. Satukan semua bahan di dalam loyang (Cik Na guna loyang size 8 inci) yang disapu minyak dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan. Atau boleh juga lapik loyang dengan menggunakan plastik yang disapu minyak supaya mudah dikeluarkan dari loyang.
5. Kukus atas pengukus yang telah mendidih selama 20 minit.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan rasakan garamnya. Kalau kurang masin ditambah garam. Ratakan permukaan pulut tadi dengan ditekan tekan sedikit supaya padat. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan Lapisan Atas:-
2 cawan santan
1/2 cawan tepung kanji
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan gula (boleh tambah sikit lagi kalau nak manis
Daun pandan (dikisar bersama santan dan ditapis)
Pewarna hijau dan kuning

Caranya:-
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar.
2. Tapis adunan ini dan tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah diletakkan di dalam pengukus secara perlahan2.
3. Lap penutup kukusan atau tutup penutup kukusan dengan tuala supaya air tidak menitik. Kukus atas air yang sedia mendidih dengan api sederhana bagi mengelakkan kuih berlekuk2 selama 45 minit atau 1 jam. Cucuk dengan lidi dan kuih masak bila tidak lagi melekat di lidi.
4. Kuih ini hendaklah betul2 sejuk dalam 2-3 jam barulah dipotong supaya mudah dipotong dan cantik. Potong dengan pisau plastik.

Daging Tumis Pedas

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan:-
1 kg daging (rebus sampai empuk)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Setengah sudu biji ketumbar
Cili api
Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis)

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukkan sedikit air  garam dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah/hijau sehingga layu.

Wednesday, 16 December 2015

Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Sumber Resepi: Blog (x ingat)

Bahan:-
7 ekor sotong saiz sederhana *dibersihkan
3 ulas bawang putih *tumbuk
3 biji bawang merah *tumbuk
10 tangkai cili padi *tumbuk
1 biji bawang besar *potong bulat
Minyak masak
Limau nipis
Serbuk pati ikan bilis
Garam dan kunyit

Caranya:-
1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dam goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
3. Jika ada lebihan minyak tuangkan dal bekas lain. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
4. Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis secukupnya.
5. Masukkan pula sotong yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga sotong masak sepenuhnya.
*Boleh tambah bahan2 lain seperti lobak merah,kacang panjang dan kobis bunga.

Apam Pisang Coklat

Sumber Resepi: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Semua bahan di atas diayak bersama)
1 sudu teh garam
1 cawan pisang emas dilecek
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur dipukul

Caranya:-
1. Pukul telur.
2. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan pisang, minyak, gula, garam dan kacau sebati.
3. Panaskan kukusan. Masukkan adunan dalam cawan kecil dan kukus selama 1/2 jam. Pastikan kukusan telah betul2 panas dan didih.

Wednesday, 2 December 2015

Kek Marble Coklat Pisang

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi
Bahan:-
250gm pisang dilecek
250gm tepung kek (boleh guna tepung gandum diayak 3 kali)
1st baking powder
200gm gula castor
6 biji telur
1sb ovellete
2sb susu pekat manis
50gm fresh milk atau susu cair
90gm minyak
1sb choc emulco (boleh ganti 1 sudu besar serbuk koko bancuh dengan sedikit air panas untuk dijadikan pes)
1sk esen pisang
Caranya:-
1. Leser loyang berukuran 10 × 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknya dgn kertas minyak.
2. Panaskan oven 170 C.
3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan.
4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali minyak, choc emulco, pisang dan esen pisang.
5. Pukul dengan kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanya sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan 1 bahagian dibiarkan warna asal.
7. Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 di tengah2 loyang. Kemudian tuanh pula warna koko betul2 di tengah atas warna asal sebanyak 3 sudu besar juga.
8. Buat begini hingga 3/4 adunan, kemudian buat pula 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
9. Bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

Asam Pedas Cenderawasih

Sumber Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 keping ikan tenggiri
4-5 sudu besar cili kering yang dikisar (bergantung kepada tahap pedas cili)
6 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan bakar*
(bahan bertanda * dikisar)
1/3 cawan air asam jawa
2 -3 cawan air untuk kuah/secukupnya
8 tangkai pucuk daun kesum
1 bunga kantan - dibelah dua
2 biji terung - dibelah dua
2 biji tomato - dibelah empat
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak (masukkan sedikit air jika terlalu kering sebelum pecah minyak).
2. Masukkan 2 cawan air dan biar didih lagi.
3. Masukkan ikan, air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Biar mendidih.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. (Boleh tambah air sikit lagi jika nak lebih berkuah).
5. Akhir sekali masukkan terung dan bila terung sudah tiga suku masak, masukkan buah tomato. Tutup api. (Jangan sampai terung dan tomato layu sangat).