Friday 7 November 2014

Buah Melaka

Bahan:-
2 mangkuk tepung pulut
1 gelas air daun pandan
Secubit garam
Kelapa parut (bahagian putihnya sahaja)
Gula Melaka (dipotong dadu)

Caranya:-
1. Tepung pulut dibancuh dengan air daun pandan. Pastikan adunan tidak melekat di tangan.
2. Cubit adunan dan jadikan bulat2 sebesar guli, masukkan gula melaka di tengah2 sebelum digentel bulat.
3. Didihkan air dan masukkan kuih ke dalam air mendidih. Kuih akan timbul apabila sudah cukup masak.
4. Angkat dan gelek atau gaulkan dengan kelapa parut muda yang telah digaul sedikit garam.

No comments:

Post a Comment