Thursday 6 November 2014

Tom Yam Thai

Resepi: Sumber Facebook

Bahan:-
2 ketul isi ayam
10 ekor udang (Cik Na x letak)
5 ekor sotong (pun x letak)
200 gm Daging
2 biji bawang besar
2 biji lobak merah
Sedikit bunga kobis
5 biji jagung muda yg diambil isinya sahaja
10 tangkai cili padi
Sedikit cendawan
2 biji limau nipis
3 batang serai
3 biji tomato
5 tangkai daun limau purut
4 sudu perencah tom yam

Caranya:-
1. Rebus daging terlebih dahulu.
2. Masukkan serai dan ayam yang dipotong halus. Rebus sehingga empuk.
3. Masukkan perencah tom yam dan bawang besar.
4. Masukkan sayur satu persatu bermula dari lobak merah, bunga kobis, jagung dan cili padi yang ditumbuk sedikit.
5. Masukkan daun limau purut. Kemudian masukkan sotong diikuti dengan udang.
6. Masukkan cendawan dan air tapisan limau nipis serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
7. Masukkan tomato.

Tips:
Bahan2 perlu dimasukkan satu persatu. Cik Na tambah cara sendiri..mula2 tumis bawang putih...kemudian masukkan ayam dan serai baru masukkan air..

No comments:

Post a Comment