Resepi : Sumber dari Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
Kulit popia
Sedikit bancuhan tepung ubi + air
Bahan Inti:
1 biji keledek saiz besar (boleh diganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis (Cik Na ikut kak Ummi guna 200 gm daging kisar)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari (Cik Na pun tambah jadi 3 sudu mcm kak Ummi)
1 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
Caranya:-
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan pes serbuk kari hingga garing. (Kalau guna daging kisar, masukkan selepas serbuk kari garing, kacau hingga daging setengah masak).
3. Kemudian masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
4. Bolehlah memulakan sesi membuat popia..letakkan inti dan gulung, lekatkan dengan bancuhan air + sedikit tepung ubi. Buat hingga siap. Goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan saja, balikkan selalu. Angkat dan toskan.
No comments:
Post a Comment