Sunday, 23 November 2014

Mee Goreng

Bahan:-
1 bungkus mee kuning
Beberapa keping isi ayam - dipotong kecil
1 paket kek ikan - dihiris nipis
1 paket bebola ikan - dihiris nipis
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi - dipotong kecil
3 sudu makan cili kisar (boleh tambah sekiranya mahu pedas)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu makan kicap
2 biji telur - digoreng scramble

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan cili kisar dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. Biarkan sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan tauge dan sawi.
6. Masukkan telur dan digaul rata.

No comments:

Post a Comment