Sunday, 30 November 2014

Ikan Selar Goreng Berlada

Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 ekor ikan selar (resepi asal menggunakan 2 ekor ikan keli tapi Cik Na tukar ikan selar)
3 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 sudu besar cili kering kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:-
1. Kelar ikan dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan perlahankan api. Masak dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
4. Bila telah hampir kering, masukkan ikan dan balik2kan ikan sebentar biar rata dengan cili.

Sardine Puff

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
10 keping puff pastry jenama Kawan
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar - didadu
1 biji cili merah - didadu
Sedikit air limau kasturi
Sedikit garam
1 biji telur (dipukul sedikit dgn susu segar)

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan cili merah.
2. Kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Kacau sebentar.
3. Masukkan garam dan air limau. Kacau rata.
4. Tutup api dan biarkan sejuk sikit.
5. Sediakan puff pastry, letakkan sedikit filing tadi dan tutup hujung pastry dengan menekan bahagian kelilingnya dengan garfu. Buat sampai habis.
6. Sapukan puff dengan telur. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit/kuning.

***puff akan naik dan mengembang sedikit disebabkan x dikelar bahagian atasnya.

Kuey Teow Goreng (Resepi II)

Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 paket kuey teow
15 ekor udang
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - ketuk dan racik halus
Daun kucai
Taugeh
2 biji cili merah - potong
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan
1 kiub pati ayam
2 biji telur
Garam
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Kacau sebentar dan masukkan cili kisar, kacau biar betul masak.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sos ikan dan kiub pati ayam.
4. Kacau sebentar dan masukkan udang, letak sedikit garam.
5. Masukkan kuey teow dan kacau rata.
6. Masukkan telur dan kacau rata sekejap.
7. Masukkan taugeh, daun kucai dan cili potong.
8. Kacau sekejap, jangan terlalu layu sayuran tadi.

Friday, 28 November 2014

Nasi Goreng USA

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 mangkuk nasi
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
5 sudu kicap pekat (Cik Na kurangkan)
1 sudu kicap cair
Sedikit garam
Telur - goreng mata kerbau

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan kicap dan nasi serta garam sedikit 
3. Goreng mcm biasa. Ketepikan.

Untuk Daging Masak Merah
Bahan:-
300 gm daging - potong nipis
1 labu bawang besar - dadu
2 batang serai - ketuk
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
Daun limau purut - hiris
Garam

Caranya:-
1. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Kacau sekejap dan masukkan daging. Masak hingga empuk.
2. Masukkan sos tomato dan letak serai serta garam.
3. Tambah air sedikit. Masukkan daun limau.
4. Kacau sebentar, seimbangkan rasa.
5. Siap dan hidang dengan telur mata kerbau dan nasi goreng.

Daging Halia

Resepi : 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
500 gm daging
1/2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji tomato (dipotong 4)
3 biji cili merah (dihiris)
2 sudu makan minyak masak
Garam jika perlu

Bahan B (Dihiris):
5 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dihiris sehingga layu.
2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung, lada hitam dan sos tiram. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan tomato, cili merah dan daun bawang. Kacau rata.

Tuesday, 25 November 2014

Ikan Masak Laprik

Resepi: Ummi@ Home Sweet Home

Bahan:-
2 ekor ikan (dilumur dengan garam dan kunyit dan digoreng garing)
2 sudu besar cili kering kisar
5 biji cili api hijau (kalau hendak pedas letak banyak pun boleh)*
5 biji bawang putih*
3 biji limau kasturi diambil jusnya
3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
Setangkai daun bawang dihiris
Setangkai daun sup dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit air

Caranya:-
1. Tumbuk lumat bahan bertanda*.
2. Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
3. Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

Sunday, 23 November 2014

Kari Ayam

Bahan:-
1 ekor ayam
1/2 cawan minyak
4 sudu makan rempah kari ayam
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan
4 biji kentang (dipotong 4)
3 biji tomato (dipotong 4)
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Menumis:
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris memanjang
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, ayam, kentang, santan, kerisik dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut.
4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.

Mee Goreng

Bahan:-
1 bungkus mee kuning
Beberapa keping isi ayam - dipotong kecil
1 paket kek ikan - dihiris nipis
1 paket bebola ikan - dihiris nipis
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi - dipotong kecil
3 sudu makan cili kisar (boleh tambah sekiranya mahu pedas)
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu makan kicap
2 biji telur - digoreng scramble

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan cili kisar dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. Biarkan sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan tauge dan sawi.
6. Masukkan telur dan digaul rata.

Saturday, 22 November 2014

Sotong Masak Hitam

Bahan:-
Sotong
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai - *satu dikisar dan satu lagi dititik
Sehelai daun limau purut*
8 biji cili padi*
1 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Sotong dibersihkan. Hitamnya jangan dibuang.
2. Kisar semua bahan bertanda*.
3. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar dan serai sehingga menjadi garing.
4. Kemudian masukkan sotong dan hitamnya, air asam jawa dan garam.
5. Masak sehingga sotong empuk.

Ikan Masak Paprik

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
5 ekor ikan kembung
15 ulas bawang putih (tumbuk)
15 biji cili padi (tumbuk)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 tangkai daun sup
2-3 tangkai daun bawang
Air perahan dari 2 biji limau nipis
1/2 cawan air
Sedikit garam

Caranya:-
1. Ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng keemasan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga garing.
3. Masukkan air dan air perahan limau nipis dan garam.
4. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan daun sup, daun bawang dan seimbangkan rasa.

Ikan Terutup

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 ekor ikan terubuk @ cencaru (Cik Na guna ikan selar)
5 biji cili padi
1 sudu kecil cili boh
3 ulas bawang merah
1 sudu besar air asam jawa
1 inci belacan
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu teh garam
1 keping lebar daun pisang (Cik Na guna daun kunyit mcm kak Ummi)

Caranya:-
1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Kemudian perapkan ikan dengan bahan2 kisar tadi selama 15 minit.
2. Lepas tu bungkus dalam daun pisang.
3. Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan bakar. Balik2kan biar betul2 masak.

Popia Inti Ala Karipap

Resepi : Sumber dari Ummi @  Home Sweet Home

Bahan:-
Kulit popia
Sedikit bancuhan tepung ubi + air

Bahan Inti:
1  biji keledek saiz besar (boleh diganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis (Cik Na ikut kak Ummi guna 200 gm daging kisar)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari (Cik Na pun tambah jadi 3 sudu mcm kak Ummi)
1 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan pes serbuk kari hingga garing. (Kalau guna daging kisar, masukkan selepas serbuk kari garing, kacau hingga daging setengah masak).
3. Kemudian masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
4. Bolehlah memulakan sesi membuat popia..letakkan inti dan gulung, lekatkan dengan bancuhan air + sedikit tepung ubi. Buat hingga siap. Goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan saja, balikkan selalu. Angkat dan toskan.

Thursday, 20 November 2014

Nasi Impit Dan Kuah Kacang Daging

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
300 gm daging (potong kecil2)
200 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah / gula melaka
2/3 cawan gula putih (Cik Na kurangkan sikit)
Garam
1 cawan air asam jawa
3/4 cawan santan pekat

Bahan Tumis:
3 batang serai - ketuk
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/4 cawan minyak

Bahan Kisar (goreng tanpa minyak dulu baru kisar):
20 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
15 ulad bawang merah
1 cm belacan
6 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar

Caranya:-
1. Kacang tanah yang digoreng, dibuang kulit dan dikisar separuh halus dan separuh kasar.
2. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Kemudian masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging, masak biar lama sikit. Masukkan asam jawa.
5. Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
6. Masukkan kacang yang dikisar tadi serta santan. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan serta kuah nampak kemerah-merahan dan berminyak.

Tuesday, 18 November 2014

Mee Lidi Hailam

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1 paket mee lidi - rebus dan toskan
1 labu bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - racik halus
10 ekor udang
1 ekor sotong - potong bulat
1 keping isi ayam - potong kecil
1/2 batang carrot - potong halus memanjang
1 biji cili merah - potong
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam (optional)
1 sudu besar tepung jagung + 1/4 cawan air
1 cawan air (Cik Na lebihkan sebab nak berkuah)
Garam
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua sos dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar, masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan sayuran, cili, garam, air dan tepung jagung.
4. Akhir sekali masukkan mee, kacau rata.

Monday, 17 November 2014

Ayam Aneka Cili

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
400 - 500 gm ayam - dipotong kecil2
1 labu bawang merah - dimayang kasar
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dihiris halus
6 tangkai cili padi - diketuk pecah sikit
8 tangkai cili kering - -dikerat serong
1/2 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk halus
1/2 biji lada benggala hijau - dipotong memanjang/dadu
1/2 biji lada benggala merah - dipotong sda
1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
7 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci panjang (Cik Na x letak sbb malas gi beli)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap cair
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Ayam dibersihkan, ditoskan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan lada hitam, sos dan kicap. Kacau sebentar.
4. Masukkan ayam dan lobak merah. Kacau rata sebentar.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Masukkan pula kacang panjang dan lada benggala. Kacau sebentar jangan terlalu layu.
7. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Saturday, 15 November 2014

Sotong Goreng Istimewa

Resepi: Majalah Saji Jun 2006

Bahan:-
300 gm sotong
3 sudu besar tepung kastard

Bahan Sos:
1 batang serai (ketuk)
2 tangkai cili padi (hiris)
1/2 labu bawanh besar (hiris)
2 cm belacan (kisar)
3 tangkai cili merah (kisar)
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 sudu besar serbuk kari
Setangkai daun kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 batang serai (kisar)
1 helai daun limau purut
3 cm halia (kisar)

Caranya:-
1. Sotong dicelupkan ke dalam tepung kastard dan goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Sementara itu, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk kari, daun kari, sos tiram, kicap pekat, garam dan daun limau purut. Apabila mendidih dan pekat, angkat dan ketepikan.
4. Tumiskan pula bawang besar, cili padi, daun kari dan serai (ketuk) sehingga naik bau.
5. Seterusnya masukkan sotong dan bahan tumisan tadi. Gaul rata.

Nasi Goreng Emak

Bahan:-

3-4 sudu minyak
2 sudu teh bawang putih cincang halus
1 sudu makan bawang merah cincang halus
2 sudu makan cili kisar (Cik Na campur je bawang merah dlm cili kisar terus)
150 gm ikan bilis goreng
2 biji telur yg telah digoreng scramble
500 gm nasi
Garam secukup rasa

Caranya:-

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan nasi dan gaulkan di dalam kuali hingga sebati.
3. Masukkan ikan bilis dan telur. Perasakan dengan garam.

Ayam Goreng Sri Wangi

Resepi: 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
4 keping dada ayam - hiris memanjang
1 sudu makan minyak masak utk menumis
2 batang serai - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
10 biji cili padi - buang biji dan hiris
2 sudu makan pes tom yam
4 sudu makan air
1 sudu teh madu
1 1/2 sudu mayonis
3 helai daun limau purut - batang di tengahnya buang dan hiris halus
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan perapan:
1 1/2 sudu makan sos tiram
1 biji telur - pukul sedikit
3 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Satukan bahan perap dan kacau sebati.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas perapan, ketepikan dan perap selama 15 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang keemasan dan rangup. Toskan dan ketepikan.
4. Panaskan 1 sudu minyak masak dan tumis serai, bunga kantan, cili padi dan pes tom yam hingga naik bau.
5. Masukkan air, madu dan ayam. Kacau rata. Alihkan dari api dan masukkan mayonis. Masukkan juga daun limau purut. Kacau sebati.

Wednesday, 12 November 2014

Nasi Kuning

Resepi : Buku Selera Ikhlas VIP

Bahan:-
(Cik Na buat sukatan separuh)
6 tin susu beras Basmathi
7 cawan santan
3 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 batang serai
1 helai daun pandan
2 helai daun limau purut
2 sudu teh stok ikan
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Masak beras bersama santan seperti memasak nasi. Kemudian masukkan kunyit, daun limau purut, daun pandan, stok ikan dan garam secukupnya.
2. Biarkan nasi masak seperti biasa. Hidangkan bersama bawang goreng.

Tuesday, 11 November 2014

Spiced Spaghetti

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 paket spaghetti (atau apa2 pasta)
200 gm daging kisar
4 tangkai cili padi merah (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin sedang tomato puree
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (boleh kurangkan kalau x nak pedas)
200 gm brokoli - potong kecil
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
15 - 20 biji cherry tomato - belah dua
1/2 batang carrot - hiris halus
2 slice cheese - disiat kecil2
Garam secukup rasa
4 sudu besar olive oil

Caranya:-
1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan sedikit olive oil dan garam. Rebus spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan olive oil dalam pan dan tumiskan bawang putih dan cili padi sebentar hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga separuh masak.
4. Masukkan tomato puree, sos cili, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
5. Masukkan carrot dan kacau sebentar. Masukkan pula brokoli dan lada benggala.
6. Masukkan spaghetti tadi dan kacau rata. Masukkan slice cheese.
7. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan kacau sehingga semuanya sekata. Angkat dan hidangkan panas2.

Maggie Goreng Perisa Kari

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 biji telur
2 ulas bawang putih
4 paket maggie perisa kari
2 paket perencah kari (perencah dalam maggie)
3 - 4 batang kacang panjang - potong dlm 3~4 cm panjang (Cik Na letak sawi sama mcm kak ummi)
1/2 batang lobak merah - potong kecil memanjang
2 cawan air
Minyak

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau2 biar jadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
2. Ketuk2 bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau atau nampak perang.
3. Kemudian masukkan perencah kari yang telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan sayur. Kacau2 sekejap dan masukkan air. Biarkan.
5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
6. Akhir sekali masukkan scrambled egg tadi. Kacau rata.

Saturday, 8 November 2014

Sotong Tumis Cili Padi

Bahan:-
500 gm sotong
20 - 25 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu makan ikan bilis*
1/2 inci belacan*
1/2 inci halia*
1 keping kecil asam keping
1 biji bawang  besar - dihiris
Minyak
Air - jika perlu
Garam

Caranya:-
1. Tumbuk bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Tumis cili hingga masak dan naik minyak.
3. Masukkan sotong, asam keping dan bawang besar hiris. Gaul rata. Kalau kering boleh tambahkan air sikit.
4. Perasakan dengan garam.

Yong Tau Fu

Bahan:-
Isi ayam
Tauhu, bebola ikan,peria, bendi,cili merah ( Cik Na beli kat pasar tani ada jual dlm paket )
Kiub pati ayam
Bawang putih
Air
Daun sup & daun bawang - dihiris halus

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam.
2. Tuang air dan masukkan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan tauhu, bebola ikan,peria, bendi dan cili merah.
4. Didihkan selama 10 minit. Padamkan api dan tabur daun sup & daun bawang.

Friday, 7 November 2014

Kupang Goreng

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
500gm isi kupang
1 sudu kecil serbuk kunyit (digaul rata)
200gm kacang buncis (dipotong pendek)
3 biji cili merah (dihiris)
1 labu bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu makan minyak
1 biji capsicum hijau (x letak pun)
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris.
2. Masukkan kupang, kacang buncis dan capsicum hijau.
3. Masakkan sebentar dan kacau rata.

Buah Melaka

Bahan:-
2 mangkuk tepung pulut
1 gelas air daun pandan
Secubit garam
Kelapa parut (bahagian putihnya sahaja)
Gula Melaka (dipotong dadu)

Caranya:-
1. Tepung pulut dibancuh dengan air daun pandan. Pastikan adunan tidak melekat di tangan.
2. Cubit adunan dan jadikan bulat2 sebesar guli, masukkan gula melaka di tengah2 sebelum digentel bulat.
3. Didihkan air dan masukkan kuih ke dalam air mendidih. Kuih akan timbul apabila sudah cukup masak.
4. Angkat dan gelek atau gaulkan dengan kelapa parut muda yang telah digaul sedikit garam.

Ayam Masak Kuning

Resepi: Sajian Malaysia Bersama Chef Wan

Bahan:-
4 sudu besar minyak
1 kg ayam - dipotong 12
500 ml santan cair
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - dihiris nipis

Bahan Yang Ditumbuk:
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
15 tangkai cili padi

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak di atas api kecil selama 5 minit.
3. Masukkan santan, asam gelugur dan garam. Masak sehingga kuahnya pekat.
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan kacau.

Ikan Goreng Renyah & Sambal Indon

Ikan Goreng Renyah

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 ekor ikan selar (atau apa2 ikan)
Jus dari 1 biji limau nipis
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu teh ketumbar biji - ditumbuk
Sedikit serbuk kari
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Ikan dicuci dan diperap dengan limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Kelar ikan dan gaul dengan semua bahan tumbuk, serbuk kari dan garam. Perap selama 40 minit atau 1 jam.
3. Goreng dengan minyak yang banyak hingga ikan masak. Sedap dimakan dengan sambal belacan atau sambal tomato. Cik Na gandingkan dengan sambal indon.

Sambal Indon

Resepi: Selera Ramadhan Rubiah Suparman

Bahan:-
2 inci belacan
5 biji cili merah
15 biji cili api
1 labu bawang besar
1 biji tomato
I sudu makan asam jawa tanpa biji
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak

Caranya:-
1. Bersihkan cili. Bawang dibelah lapan. Tomato dibelah empat. Kemudian semuanya digoreng lebih kurang tiga minit bersama dengan belacan. Masukkan asam jawa dan kemudian diangkat.
2. Bahan2 itu kemudian ditumbuk kasar. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Setelah ditumbuk ambil sedikit minyak goreng dan tuang ke dalam sambal. Sedap dimakan dengan ikan goreng dan nasi panas.

Thursday, 6 November 2014

Tom Yam Thai

Resepi: Sumber Facebook

Bahan:-
2 ketul isi ayam
10 ekor udang (Cik Na x letak)
5 ekor sotong (pun x letak)
200 gm Daging
2 biji bawang besar
2 biji lobak merah
Sedikit bunga kobis
5 biji jagung muda yg diambil isinya sahaja
10 tangkai cili padi
Sedikit cendawan
2 biji limau nipis
3 batang serai
3 biji tomato
5 tangkai daun limau purut
4 sudu perencah tom yam

Caranya:-
1. Rebus daging terlebih dahulu.
2. Masukkan serai dan ayam yang dipotong halus. Rebus sehingga empuk.
3. Masukkan perencah tom yam dan bawang besar.
4. Masukkan sayur satu persatu bermula dari lobak merah, bunga kobis, jagung dan cili padi yang ditumbuk sedikit.
5. Masukkan daun limau purut. Kemudian masukkan sotong diikuti dengan udang.
6. Masukkan cendawan dan air tapisan limau nipis serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
7. Masukkan tomato.

Tips:
Bahan2 perlu dimasukkan satu persatu. Cik Na tambah cara sendiri..mula2 tumis bawang putih...kemudian masukkan ayam dan serai baru masukkan air..

Wednesday, 5 November 2014

Sardin Goreng

Resepi : Sumber Facebook

Bahan:-
1 tin kecil sardin (asing ikan dan sosnya)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar lada kisar
Sedikit air asam jawa
Minyak

Caranya:-
1. Goreng ikan sardin terlebih dahulu (hati2 dengan percikan minyak). Siap goreng ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis lada hingga garing kemudian masuk halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
3. Masuk bawang besar.
4. Maaukkan sos sardin dan air asam jawa. Goreng lagi.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng. Perasakan dengan garam.

Tuesday, 4 November 2014

Roti Kebab Pita

Resepi: Azam Ramadhan Su

Bahan:-
1 bungkus roti pita
Minyak masak
5 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
2 batang lobak merah - dihiris halus
200 gm daging kisar
Tomato - dipotong dadu
Beberapa helai daun sup
Daun salad
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
400 ml air masak

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Setelah bahan tadi berwarna keemasan masukkan daging kisar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
3. Setelah daging masak, masukkan lobak merah, daun sup dan daun salad.
4. Masukkan sedikit air, garam dan lada hitam.
5. Masukkan tomato. Setelah dicampur semua bahan gaulkan sehingga sebati.
6. Letakkan sedikit marjerin di atas kuali. Panaskan roti pita.
7. Masukkan bahan2 sebagai inti kepada roti pita.

Monday, 3 November 2014

Donat

Donat ni x berapa lawa sikit rupanya sebab Cik Na x sabar nak makan...belum sempat naik dah nak goreng.

Bahan:-
500 gm tepung gandum
100 gm gula pasir
130 gm air suam
50 gm minyak jagung
1 sudu teh ovalate
1 bungkus yis
Garam

Caranya:-
1. Campurkan yis, sedikit gula dan air suam. Biarkan sebentar hingga naik.
2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, baki gula pasir tadi, ovalate, minyak jagung dan garam. Gaul biar rata.
3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Uli hingga licin dan adunan tidak melekat di tangan.
4. Bulatkan doh. Ketepikan dan tutup dgn plastik atau kain yg dibasahkan sedikit. Biarkan selama 40 minit.
5. Bentukkan adunan mengikut citarasa. Biarkan selama 20 minit hingga kembang kembali.
6. Goreng dalam minyak penuh dgn api sederhana.

Sunday, 2 November 2014

Ampap Ayam

Resepi: 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A:
1 kg ayam (dipotong kecil)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air*
1 sudu makan asam gelugur *
*dibancuh
1 bunga kantan (dihiris)
3 helai daun limau purut
3 sudu makan minyak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
10 biji cili api
3 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air

Caranya:-
1. Ayam dibersihkan dan tos kering. Gaulkan      ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau rata.
4. Masukkan air asam gelugur, bunga kantan dan daun limau purut. Kacau rata dan tutup api.