Sunday, 17 December 2017

Kue Tiau Gulung Ala Sangdewi

Sumber Resepi : Facebook/Rozi Abdul Razak

Bahan Utama:-
2 bungkus kue tiau

Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
5-7 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan Basah:-
(Terserah pilihan anda)
Ayam
Daging (rebus terlebih dahulu)
Sotong
Udang
Bebola ikan (fishball)
Fish cake

Sayur:-
Kobis
Sawi
Lobak merah
Daun saleri
Daun sup/daun bawang
Cili merah

Lain-lain:-
Telur
Garam
Kiub ayam
Bancuhan tepung jagung atau tepung ubi

Bahan Tabur:-
Suhun (digoreng dan diramas2 serta letak dalam belas bertutup)
Cili api & kicap (jika suka pedas)
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng (jika perlu)

Caranya:-
1. Jika anda memilih untuk menggunakan daging, ada dua cara. Pertama boleh rebus daging terlebih dahulu (mungkin beberapa jam sebelum memasak) dan kemudian masukkan ke periuk yang lebih besar, tambahkan air. Selepas itu barulah dimasukkan bahan basah lain seperti ayam, atau sotong. Kedua terus rebus daging sampai separuh empuk dan tambahkan air panas, masukkan bahan basah yang lain.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila air telah panas, masukkan kue tiau yang sudah dibasuh. Kacau2 seketika dan angkat. Jangan sampai kue tiau terlalu lembik. Toskan kue tiau.
3.  Pukul beberapa biji telur dengan sedikit garam. Panaskan kuali, sapu2 minyak pada kuali dan letakkan sesenduk kecil telur. Angkat kuali dan layangkan telur supaya menjadi bentuk bulat. Masak telur dengan api kecil dan biarkan hingga masak. Angkat telur dengan berhati2.
4. Letakkan telur yang sudah dimasak di atas pinggan leper. Telur tersebut ditindih2 di atas telur yang telah masak sebelumnya.
5. Masukkan semua bahan basah dalam periuk. Masukkan air dan juga kisar. Bila kuah mula menggelegak, masukkan lobak merah. Masukkan pula daun saleri. Ketika ini baru masukkan udang supaya manis udang tidak hilang apabila terlalu lama di atas dapur.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi. Masukkannya ke dalam periuk dengan api dapur sederhana. Kacau kuah laju2 supaya tidak berketul2 (likat) tepung tersebut. Kuahnya biarkan sedikit pekat, jika masih cair, tambahkan lagi air bancuhan tepung.
7. Apabila kuah kembali menggelegak, masukkan pula telur dan kacau laju. Telur ini hanya optional, juga boleh untuk tidak menggunakan telur. Kacau laju2 apabila telur sudah dimasukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan fish cake dan fish ball. Masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.
9. Sewaktu membuat gulungan kue tiau, adakala telur yang dimasak tadi berlebih, gulung dan potong halus lalu dimasukkan ke dalam kuah.
10. Kecilkan api dan akhir sekali masukkan sayur sawi, kobis dan cili besar yang dihiris. Tutup api dapur supaya sayur tidak terlalu layu.
11. Untuk bahan tabur, panaskan minyak sehingga benar2 panas. Kemudian goreng suhun. Balikkan ke sebelah satu lagi dengan segera. Suhun yang telah siap digoreng, diangkat. Suhun yang sudah diramas2 kemudian dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
12. Cara menggulung kue tiau. Letakkan telur di atas pinggan leper atau di atas papan pemotong. Ambil sedikit kue tiau, dikepal sedikit dan gulung. Potong gulungan kue tiau kepada beberapa bahagian.
13. Letakkan kue tiau yang sudah dipotong di atas pinggan, tuangkan kuah ke atasnya. Tabur daun sup, daun bawang dan suhun. Jika suka pedas, letaklah cili kicap.

Cara membuat cili kicap:-
Kisar cili api dengan air masak. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau rata.

Kue Tiau Ayam

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
500 gm kue tiau
1 cekak kucai, kerat pendek
Taugeh secukupnya (lebih kurang 2 genggam, x letak sbb x suka taugeh)
1 keping dada ayam, didadu*
Sedikit lada sulah*
Sedikit garam*
(* disatukan, gaul rata dan perap)
1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos lada hitam
1 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dikacau sedikit
4 ulas bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecik dan kacau selalu. Tambah sos cili dan sos lada hitam, kacau rata. Tambah ayam dan masak hingga ayam empuk, jika perlu tambah sedikit air.
2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Gaul rata dan masukkan kicap pekat. Tambah sedikit sos ikan. Masukkan kue tiau dan gaul rata. Tambah taugeh dan kucai, kacau rata.
3. Masukkan tomato dan tambah sos ikan jika perlu. Kacau dan masak sekejap. Matikan api dan boleh dihias dengan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan.

Monday, 11 December 2017

Ikan Tenggiri Bunga Kantan

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
3 - 4 keping ikan tenggiri, cuci bersih*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/3 camca teh garam*
(* disatukan dan lumur rata2)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Cili padi sebagai hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Hancur :-
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai,hiris halus
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
3 biji tomato ceri @ 1/2 biji tomato biasa

Caranya:-
1. Ikan digoreng tapi jangan sampai garing, goreng embal2 sahaja. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar (kalau dapat jangan kisar halus sangat, atau boleh tumbuk lumat) hingga harum, gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, terus menumis hingga terbit minyak dan sambal garing.
3. Masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan dan ratakan. Hias dengan cili padi jika suka.

Pasta Shells Daging Cincang

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
100 gm spaghetti (Cik Na tukar pasta shells)
80 gm daging cincang (nak guna daging ayam pun boleh)
1 biji bawang holland, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji traffic light capsicum, didadu
5 biji black olive
5 biji green olive
Cincangan daun parlsey secukupnya
3/4 camca besar pes tomato
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu
Minyak zaitun untuk menumis

Caranya:-
1. Rebus spaghetti/shells hingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan. Tambah juga garam dalam air rebusan tadi. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, simpan 1/2 cawan air rebusan spaghetti/shells tadi. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sekejap, tambah daging cincang, kacau rata, biar daging kecut dan masukkan air rebusan spaghetti/shells tadi. Masak hingga pekat.
3. Tambah trafficlight capsicum dan black/green olive. Masuk spaghetti/shells dan gaul rata2. Tambah garam jika perlu dan masukkan cincangan parsley. Gaul lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

Sunday, 10 December 2017

Sambal Tumis Sotong

Sumber Resepi: Facebook/ Kongsi Resepi

Bahan:-
1 kg sotong sederhana besar (bersihkan)
1 batang serai (ketukkan)
1 labu bawang besar (mayangkan)
3 sb sos tomato
1/2 cawan minyak
1 sk gula
Garam

Bahan Mesin:-
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)

Caranya:-
1. Sotong dimasukkan dalam kuali dan tutupkan dengan tudung. Panaskan sekejap dan angkat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2  yang dikisar dan serai sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan sotong yang telah direbus juga bawang dan kacau lebih kurang 5 minit.

Saturday, 9 December 2017

Kek Marble Santan

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
4 biji telur
360 gm gula kastor
400 ml santan
400 gm tepung gandum - diayak
4 sudu teh baking powder - diayak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Pes pandan dan vanilla

Caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang 8 inci.
2. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan loyang dengan kertas kek.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang dan putih.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan santan berselang seli. Mulai dengan tepung dan akhirkan dengan tepung.
5. Gaul adunan rata. Bahagikan kepada 3 bahagian.
6. Letakkan pewarna hijau dan pes pandan ke dalam satu adunan. Letakkan pes vanilla ke dalam adunan kuning dan merah.
7. Tuangkan ke dalam loyang berselang seli.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga kek masak sempurna. Tunggu kek benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Apam Ice Cream Cornetto

Sumber Resepi: C&P Azlita @Masam Manis

Mula2 sediakan kelonsong atau kon. Pastikan ianya tidak terburai bila dikukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan tidak menitis keluar. Gunakan kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak.

Bahan:-
Adunan dapat banyak, kalau take nak banyak boleh buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose (boleh guna perasa berlainan untuk setiap warna)
Pewarna (3 warna berlainan)
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/coklat rice/coklat cip atau manik berwarna

Caranya:-
1. Pukul telur dengan gula hingga putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7
minit. * Tambahkan 1 sudu ovallate jika nak adunan apam yang lembut.
2. Masukkan tepung yang dah diayak. Kaup balik rata.
3. Tambahkan air ais krim soda dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan.
5. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
6. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.
7. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang. Pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
8. Guna semua bekas pengukus. Bekas bawah letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.
9. Tuang adunan selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
10. Kemudian tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah ditutup. Pastikan tutup kukusan dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.
11. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
12. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk. Jangan buka kon sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
13. Sebelum kita cairkan coklat, panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak ditaburkan tadi. Boleh gunakan apa2 saja kacang. Nak letak coklat rice atau coklat cip pun boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh.
14. Until memanggang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit.
15. Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah nak gunakan dark coklat atau milk coklat. Terpulang pada citarasa masing2.
16. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu jangan buka kon dahulu sebab nanti akan curah coklat).
17. Kemudian taburkan pula kacang yang dah dipanggang tadi. Kacang tu ditumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji2 pun ok. Cik Na taburkan colour rice.
18. Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap je hingga coklat keras.
  

Monday, 4 December 2017

Char Kue Tiau (Resepi II)

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
1 genggam kue tiau
1 genggam taugeh, dibuang ekor (x letak sbb x suka)
1/2 genggam kucai, kerat pendek
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan (x letak sbb x da)
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 batang fishcake, hiris
1 genggam isi kerang (x makan kerang so tukar udang)
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap manis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
Sos ikan (jika perlu)
Hirisan cili hijau, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

Caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili garing.
2. Masukkan kerang/udang, tauhu, fishcake, kacau rata dan tambah kicap pekat dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan kue tiau, gaul rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur, biar mengeras sedikit, kemudian gaul rata.
4. Masukkan taugeh dan kucai, kacau lagi dan rasa jika kurang masin tambah sedikit sos ikan.
5. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan cili hijau dan juga limau kasturi sebelum dihidangkan.

Thursday, 23 November 2017

Conney Dog

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan (10 biji):-
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih -  cincang halus
1 sdk serbuk lada (chili powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
Serbuk perasa secukup rasa
10 - 12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10 - 12 biji sosej/frankfurter - goreng/rebus

Caranya:-
1. Sos: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak hingga agak-agak rempah masak.
2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Sunday, 19 November 2017

Daging Oriental

Sumber Resepi: Majalah Jelita

Bahan:-
450 gm daging batang pinang
2 camca besar mentega
2 camca besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
4 biji tomato, dibuang biji dan didadu 1/2 cm
1 biji bawang besar, didadu 1/2 cm

Bahan Perap:-
2 camca besar minyak
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Caranya:-
1. Potong daging nipis dan memanjang.
2. Perap daging bersama bahan perap 30 minit.
3. Panaskan mentega, goreng daging dan bahan perapnya menggunakan api besar sehingga masak.
4. Angkat dan letak dalam pinggan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan tomato dan bawang, kacau sehingga layu.
6. Masukkan daging goreng, gaul rata. Hidangkan panas-panas.

Gulai Lemak Ayam

Sumber Resepi: Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
5 biji cili padi, buang biji dan hiris halus
1 1/2 inci kunyit hidup, kupas kulit
250 ml santan diperap daripada pati 1 biji kelapa dengan 250 ml air
1/2 ekor ayam dalam 600 gm, potong 6
1 batang serai, ketuk
1 helai daun kunyit, racik halus
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit dan renehkan selama 35 minit dengan api yang perlahan hingga masak.
2. Hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris dan hidangkan bersama nasi.

Mee Goreng (Resepi II)

Sumber Resepi: Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan

Bahan:-
200 gm udang, dibersihkan dan dikupas kulit. Simpan kulit untuk dibuat stok (Cik Na tukar daging batang pinang)
180 ml air
4 sudu besar minyak sayuran
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
200 gm dada ayam atau paha (x letak)
200 gm daun sawi
500 gm mee kuning
100 gm tauge
1 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 biji tomato, dibelah 4
4 biji limau kasturi, dibelah 2
125 gm bawang Goreng
2 batang daun bawang, dihiris
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Untuk membuat stok udang, didihkan kulit udang di dalam air selama 30 minit. Tutup api dan tapis stok udang itu.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan sos tomato.
3. Kacaukan bersama udang (daging) dan daging ayam. Biarkan selama beberapa minit.
4. Masukkan daun sawi dan mee. Perasakan dengan garam. Kacau mee dengan segera. Kemudian masukkan stok udang, tauge, tauhu dan tomato.
5. Masakkan selama 2 minit dan hiaskan bersama limau, bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan.

Sunday, 5 November 2017

Mihun Goreng (Resepi II)

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
1 pek mihun - rendam air panas & today
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar ikan bilis - tumbuk kasar
Ayam potong kecil
3 biji telur
1 batang carrot - potong kecil
1 ikat sawi - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
Sos tomato
Kicap
Garam

Hiasan (x letak) :-
Bawang goreng
Daun bawang
Tomato hiris
Cili merah - hiris

Caranya:-
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul2 garing, masak dan keluar minyak.
2. Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk masakkan ayam. Masukkan ikan bilis.
3. Masukkan carrot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
4. Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak.
5. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mihun supaya ianya bersalut dengan telur.
6. Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu.
7. Akhir sekali masukkan garam, jika belum masin. Kacau mihun rata rata.
8. Apabila mihun masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan.
9. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan tomato serta cili merah.

Nota: Mihun mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti mihun rebus.

Sunday, 29 October 2017

Kek Karamel

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
A - Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas (tak letak)

Caranya:-
1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
3. Ratakan gula dgn menyengetkan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. gula yang sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.

B - Adunan Karamel
1/2 tin susu cair (susu sejat)
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Caranya:-
1. Kacau susu dengan gula hingga gula larut.
2. Dalam bekas berasingan,kacau telur dan esen perlahan2.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan je. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
4. Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur
(Adunan ni tak perlu dibakar dulu, kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti)

C - Adunan Kek
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Caranya:-
1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jangan bercampur sedikit pun telur kuning
70 gm gula kastor
1 sudu teh serbuk cream of tar tar

Caranya:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tar tar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh)
3. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dalam bekas berasingan.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar warna hijau dan 3 sudu besar adunan merah atas lapisan hijau.
(Nota - adunan yang awal2 memang akan terapung2 di atas karamel..sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)
4. Buat sehingga 3/4 adunan, kemudian buat cara yang sama dengan sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan.
5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna.
6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
7. Panaskan oven terlebih dahulu (panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160°C. Gunakan api bawah saja)

Kaedah Steam Bath:-
1. Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek ke dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
4. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
5. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.

Terbalikkan kek ke atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan, so x terendam.

Potong kek bila ia benar2 telah sejuk.
Simpan kek dalam peti  ais untuk tahan lebih lama. Kek ini juga sedap dimakan sejuk.

Tuesday, 24 October 2017

Kek Oren Sunquick

Sumber Resepi: Facebook/Resepi Sedap Mudah Buat

Bahan:-
1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
6 camca besar pati oren Sunquick - lagi banyak oren lagi sedap
Suku cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:-
1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan jadi putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul.
3. Masukkan pati oren dan susu. Kacau lagi.
4. Last, masukkan tepung, kena ayak dulu dengan baking powder.
5. Sapukan loyang dengan marjerin. Loyang 8" sesuai dengan adunan ni.
6. Bakar suhu 150°C selama 50 minit.

Saturday, 21 October 2017

Sotong Goreng Sempoi

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Sotong - dikelar dan hiris kecil
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai - hiris halus
Kunyit hidup - tumbuk
Garam

Caranya:-
1. Tumbuk kunyit hidup dan garam. Lumurkan pads sotong dan biarkan sebentar.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
3. Masukkan sotong dan masak sehingga air kering. Jika air banyak, boleh dibuang keluar sedikit.
4. Masukkan minyak masak sedikit lagi supaya sotong bergoreng.
5. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan terus tutup api.

Nasi Goreng

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Cili kisar secukupnya
Daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Sayuran
Garam dan serbuk perasa

Caranya:-
1. Blend cili, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali, tumis bahan yang dikisar hingga betul garing.
3. Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak.
4. Masukkan sayuran dan ketepikan bahan2 ke tepi kuali, pecahkan telur.
5. Kacau rata telur dan terus tuang nasi ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum diangkat.

Wednesday, 18 October 2017

Daging Goreng Berlada

Sumber Resepi: Facebook/Buku Resepi

Bahan:-
500 gm daging - rebus empuk dan hiris nipis (kalau guna daging batang pinang perlu rebus)
Serbuk kunyit dan garam
5-6 tangkai lada merah - boleh campur lada kering*
4 biji cili padi merah - ikut kepadasan masing2*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(Semua bahan * kisar @ tumbuk kasar)
1 inci halia ketuk
Sedikit jus limau atau air asam jawa
Garam dan sedikit gula

Caranya:-
1. Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, Goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pun boleh tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
2. Toskan minyak, tinggalkan dalam 2-3 sudu besar. Masukkan bahan kisar @ tumbuk dan juga halia. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa @ jus limau. Kacau. Perasakan dengan garan dan juga gula.
4. Akhir sekali masukkan daging Dan kacau rata. Matikan api.

Sunday, 15 October 2017

Sotong Kunyit Rempah Kurma

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
450 gm sotong, dibersihkan, kelar bersilang, kerat dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk rempah kurma*
1/3 camca teh cili flakes (boleh guna cili kisar)*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam* (disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1 batang leek, kerat dan rendam (x letak sbb x da)
1/4 cawan air
Secubit gula
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya (pun x letak)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga perang, masukkan sotong yang telah diperap tadi, gaul rata dan bila sotong kecut, tuang air, kacau dan masukkan leek (toskan), gaul rata. Biar mendidih.
2. Masukkan sedikit gula dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan, kacau dan masak sekejap. Kemudian matikan api, alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.

Mihun Singapura

Sumber Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan A :-
1 bungkus mihun (direndam dan toskan)
200 gm udang (dibuang kulit)
200 gm sotong (dihiris kecil)
200 gm sawi (dipotong pendek)
250 gm kobis (diracik halus)
1 batang lobak merah (diparut)
1/2 cawan air
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk):-
2 sudu makan lada hitam
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kobis, lobak merah, garam dan air. Kemudian kacau rata.
4. Gaul rata sehingga nampak mihun lembut. Rasakan masinnya.
5. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah.

Saturday, 14 October 2017

Mee Sarang Ladna

Sumber Resepi: C&P Zila @ Love Touch Zila Forever

Bahan:-
2 sudu besar minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan atau dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis (x letak)
1/2 sudu besar pati ayam/ikan bilis (Come Na guna kiub pati ayam)
5 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan sing, asingkan batang dan daun)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air + 2 sudu besar tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap Dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayuran lain jika ada. Biar 3 - 4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tunggu kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang:

Sebungkus mihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, biar mahal sikit sebab nak goreng terus dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya:-

1. Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas.
2. Sederhanakan api dan masukkan segumpal mihun (leraikan segumpal-segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat2 sehingga kembang kesuluruhan mihun.
3. Angkat masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan mihun yang lain.
4. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

Kuih Koci (Resepi II)

Sumber Resepi: Facebook

Bahan:-
250 ml santan pekat * daripada satu biji kelapa
200 ml air
150 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut * putih sahaja
1/2 sudu teh garam
Daun pisang * dipotong

Bahan A:-
300 gm tepung pulut
240 - 250 ml air
3 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Caranya:-
1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.
2. Satukan air, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti.
4. Bancuhkan bahan A hingga sebati. Ambil sedikit dan betukkan bulat. Leperkan bebola ini dan bubuh inti di tengahnya dan bulatkan.
5. Kemudian letakkan bebola di atas sekeping daun pisang dan letakkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
6. Kukus kuih koci dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.

Wednesday, 11 October 2017

Cucur Jagung

Bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan jagung segar
8 ekor udang - hiris halus
Air agak2 (1 1/2 - 2 cawan)
Garam
1/2 sudu soda bikarbonat

Caranya:-
1. Campur semua bahan dan bancuh sebati.
2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan balikkan semasa menggoreng.

Thursday, 28 September 2017

Ikan Goreng Bersambal Istimewa

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
3 ekor ikan kembung/selar
Sedikit garam
Serbuk kunyit

Bahan Untuk Sambal:-
4 biji cili hijau
1 biji cili merah
Beberapa cili padi
1/2 kuntum bunga kantan (kalau x de ganti daun limau purut tapi tak perlu kisar)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun ketumbar ~ dihiris halus

Garam
2 sudu besar sos ikan
Sedikit gula
1 sudu air perahan limau nipis

Caranya:-
1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yang dah siap digoreng.

Sunday, 24 September 2017

Burger Roti John

Sumber Resepi: ChefKeknis

Bahan:-
Roti burger (sbb x jumpa roti hot dog so guna roti burger je)
Telur
Cheese (Parmesan)
Daging kisar
Rempah kari
Garam dan lada hitam secukup rasa

Caranya:-
1. Belah roti burger/ hot dog dan sapukan mentega.
2. Panaskan grill dan susun roti di atas panggang tersebut.
3. Campurkan daging kisar ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama telur.
4. Masukkan rempah kari, garam dan sedikit lada hitam.
5. Gorengkan semua bahan tadi dia atas grill yang telah disapukan mentega.Taburkan cheese. Setelah bahan agak masak, letakkan roti john tadi di atas bahan tersebut.
6. Setelah masak sapukan mayonis dan sos cili. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, 19 September 2017

Sambal Kari Udang

Sumber Resepi: Instagram @duniaresepi

Bahan:-
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar dihiris
2 tangkai lada merah dihiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 keping asam gelugor
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci panjang ( x da)
1 pelepah daun kari
Sedikit air
Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Dikisar:-
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:-
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat Dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah garing, masukkan pull asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, beserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat.

Sunday, 17 September 2017

Pasta Spirals Fusion

Sumber Resepi: C&P Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:-
200 gm spaghetti angle hair (Cik Na tukar pasta spirals)
4 batang crab stick, dikerat 4 setiap satu (x letak)
1/3 cawan isi udang
1 genggam hirisan kobis
4 keping cendawan shitake segar, cuci dan hiris nipis
1 camca besar penuh cili kisar
1 kiub pati ayam
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 helai bay leaf
1 biji bawang besar size sederhana*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato merah* (*dikisar halus)
Minyak zaitun untuk menumis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Caranya:-
1. Rebus spaghetti/spirals dalam air mendidih bergaram hingga lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Crabstick dikerat 4 setiap satu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harm, masukkan bay leaf dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Tambah kiub ayam, kacau Dan masukkan udang dan cendawan serta sos tiram, tambah garam secukup rasa Dan sedikit gula. Masak sekejap.
3. Masukkan spaghetti/spirals tadi dan gaul rata. Tambah kobis dan kacau hingga mesra. Biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah, daun bawang Dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Cik Na malas x letak pun hiasan.

Saturday, 16 September 2017

Vanilla Cup Cake

Sumber Resepi: C&P Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
150 gm mentega
185 gm tepung naik sendiri
150 gm gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk Icing:-
100 gm mentega
200 gm gula icing
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate rice untuk tabur

Caranya:-
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
4. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh.
5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180°C.

Untuk Icing:-
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
2. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
3. Sapukan icing atas kek. Pastikan kek betul2 sejuk sebelum diletakkan icing.
4. Kemudian bolehlah ditabur manik atau choc rice.

Ayam Phat Phet

Sumber Resepi: Azie @ Azie Kitchen

Bahan:-
Ayam (Cik Na goreng dulu)
1 batang serai (titik)
4 helai daun limau purut
Asam keping
Garam Dan gula

BahanKisar :-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
Cili padi (ikut suka kepedasan)

Caranya:-
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan kering.
2. Masukkan sedikit air, masukkan ayam, serai titik dan lain2 bahan.
3. Dimasak hingga ayam masak.
4. Masukkan gula dan garam.
5. Kepekatan ikut suka. Jika ingin berkuah masukkan air.

Ayam Masak Halia

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
500 gm ayam (potong kecil dan basuh bersih)
3 sb sos tiram*
1/2 cawan air*
1 sk tepung jagung* 
1 sk serbuk lada hitam*
(* bancuh)
1 pokok daun bawang (potong pendek) - x letak sbb x da
1 biji tomato (belah 4)-ganti dengan tomato cherry
1/2 batang carrot (potong kecil)
Minyak
Garam dan sedikit gula

Bahan Hiris:-
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air dan tutup.
3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung,serbuk  lada hitam dan sos tiram. Biarkan hingga pekat.
5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau rata dan hidangkan.

Thursday, 14 September 2017

Daging Masak Ala Kaprau

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
250 gm daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tom yam
Cili api diketuk2-ikut kepedasan
2 labu bawang besar-dibelah 8 dan dicerai2kan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
Daun selasih-x letak
Capsicum hijau-ni tambah

Caranya:-
1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tom yam selama 1/2 jam.
2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
4. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan toskan.
7. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar dan capsicum.
8. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Tuesday, 12 September 2017

Buttery Orange Cake

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
250 gm butter (dilembutkan)
2 sudu besar parutan kulit oren (Cik Na pun ikut Kak Yatie letak 1 sb je)
330 gm gula castor (Cik Na guna 250 gm jugak mcm Kak Yatie)
4 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
75 gm tepung gandum
180 ml orange juice (Cik Na guna air twister)
1 sudu kecil ovallate

Caranya:-
1. Pukul butter, gula dan ovallate serta kulit oren sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
4. Isi dalam loyang (Cik Na guna loyang bulat 10 Inc) yang telah dialas kertas dan digris. Bakar 1 jam.

# Orange juice Kak Yatie guna air bancuhan sunquick oren.
# Utk hasilkan kek marble, bahagi adunan dengan campuran 1 bahagian dgn 1 sudu teh coklat emulco dan sedikit pewarna coklat.
# Lapiskan satu persatu adunan secara berselang seli hingga habis barulah dibakar.

Sunday, 10 September 2017

Apam Yogurt

Sumber Resepi: C&P Azlita @ Masam Manis

Bahan:-
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallate
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Caranya:-
1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
2. Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya *guna high speed. Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt.
3. Asingkan sedikit daripada adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
4. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul2 panas baru letakkan kuih tadi. Kukus lebih kurang 15 minit adunan yang masak akan mekar tersenyum.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.

* Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelaian contoh jem atau filling Dan pewarna kesukaan.

* Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan Dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnya barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yang mekar.

* Penutup kukusan juga hendaklah dibalut dgn towel atau kain supaya air tidak menitis atas apam.

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Sumber Resepi: C&P Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 keping isi ayam - potong size kecil2..Cik Na pun mcm Ummi guna je semua part ayam
3 sb gula (Cik Na kurangkan 2 sudu je sbb takut manis)
2 sb minyak masak
3 sb sos ikan
3 batang serai - diketuk
1 sb cuka
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Cili merah dan cili hijau - dipotong menyerong (Cik Na tambah cili padi nak pedas lagi)

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga gula bertukar warna agak gelap.
2. Masukkan ayam dan bawang.
3. Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada. Perlahankan api.
4. Masukkan bahan2 lain dan gaul biar seketika. Jika kering masukkan sedikit air.
5. Rasa dan adjust apa2 yang terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.

Thursday, 7 September 2017

Baked Lasagna

Sumber Resepi: C&P Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan:-
(A) Lasagna
12 keping lasagna
Air secukupnya untuk merebus lasagna
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam

(B) Sos Merah
1 botol sederhana sos spaghetti Prego (traditional sauce)
2 cawan daging cincang
1 cawan sos tomato
2 keping daun bay/dried bay leaves
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

(C) Sos Putih
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
700 ml susu segar
4 keping sliced cheddar cheese
1 sudu teh serbuk lada hitam

(D) Topping
Parutan mozarella cheese

Caranya:-
(A) Lasagna
1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan lasagna dan rebus hingga empuk.
3. Angkat dan toskan.
4. Asingkan biar tidak melekat antara satu sama lain.

(B) Sos Merah
1. Sediakan periuk/kuali. Letak sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang.
2. Masukkan daging cincang tadi dan masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos Putih
1. Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati kejap.
2. Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat.
3. Angkat dan ketepikan.

Cara Melapis:-
1. Masukkan/susun 3 keping lasagna ke dalam loyang/casserol tahan panas (sapu sedikit butter pada loyang).
2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas lasagna dan ratakan.
3. Sendukkan sos putih pula ke atas sos merah tadi.
4. Taburkan parutan mozarella cheese.
5. Ulang step 1,2,3 dan 4 hingga penuh bekas dan sehingga habis.
6. Taburkan sedikit daun parsley kering di atasnya.
7. Bakar lasagna pada suhu 160°C selama 35-40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan.
(Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan).

Tuesday, 5 September 2017

Sotong Goreng Tom Yam

Sumber Resepi: Chef Hanieliza - Buku 1 Hari 1 Resepi
.
Bahan A:-
500 gm sotong
3 helai daun limau purut (dikoyak)
3 biji cili merah
3 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kasturi
5 tangkai daun ketumbar (x letak)
2 biji tomato (dipotong 4)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk):-
8 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sotong kemudian gaul rata. Gunakan api yang perlahan.
3. Masukkan daun limau purut, serai dan bawang besar. Tutup api.
4. Masukkan tomato, jus limau, cili merah dan garam. Kemudian kacau rata.
5. Angkat dan taburkan dengan daun ketumbar yang dipotong.
6. Sedia dihidangkan.